KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

13.06.2000

Salam Reformasi

 

APAKAH MASIH SAMAR ATAU HANYA KAMU YANG MERABA DALAM TERANG

 

Apakah mereka masih tidak jelas. Apakah Rais Yatim tidak nampak kepincangan atau sengaja menutup mata dan memekakkan telinga dalam isu perundangan ini. Rais Yatim beria-ia berkokok tentang proses kehakiman yang kononya bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana kepimpinan UMNO. Apakah dengan pelbagai lapuran rasuah yang tidak dilayan kerana ianya kroni Mahathir dan keterangan Datuk Shafee Yahaya tentang pencabul penyiasatan keatas Tan Sri Ali Adul tidak menampakkan penindasan dan permainan keji Dr Mahathir. Mana dia suara lantang Musa Hitam (kononya memperjuangkan hak asasi), Datuk Sharil Ahmad yang lantang dalam UMNO. Apakah semua yang dibongkarkan dalam Mahkamah palsu dan tidak ada kebenaran? Apakah kepimpinan UMNO sekarang bisu dan terus kelu kerana takut akan penindasan Mahathir. Ahli-ahli UMNO yang masih sedar dan waras, kepincangan ini perlu diperbaiki dan kita seharusnya sedar bahawa kepimpinan korup akan membawa padah kepada negara kita ini. Mahathir bangga dengan pembangunan negara Malaysia, kita juga berbangga dengan pencapaian kita tetapi kita harus insaf dan kembali meliaht kepincangan, kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukkan oleh mereka. Dr Mahahtir telah merosakkan perpaduan Melayu dan andai kita tidak mahu meliaht melayu berpecah maka Mahathir dan kuncunya harus disingkir. Apakah lagi jawapan yang boleh diberi oleh kamu dalam mempertahankan Mahathir. Apakah mempertahankan Mahathir dapat menyatukan melayu?

 

Undurlah Mahathir dan sekiranya tidak ahli UMNO yang masih cintakan negara ini harus memastikan Mahathir undur.

 

Komentar