UMNO PUNCA BERKEMBANGNYA AJARAN SESAT
oleh: Fardos Leh

Kumpulan Silat Al Ma'unah dianggap satu kumpulan ajaran sesat berbentuk ilmu kebatinan dan seni pertahanan diri. Di Malaysia yang tak berapa besar ini terdapat banyak ajaran sesat. Kita kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa mereka boleh ikut ajaran sesat? Kenapa ajaran-ajaran yang tak masuk akal itu boleh berkembang? Kenapa kadang-kadang pengikutnya orang 'bijak-pandai' dan berjawatan? Kenapa ia berkembang di kalangan orang Islam yang sudah ada ajaran yang sempurna dan fitrah?

Selain dari sebab-sebab yang selalu disebut oleh banyak pihak, saya ingin menambah satu punca yang menyebabkan berkembangnya ajaran sesat di Malaysia tercinta ini. Punca yang saya maksudkan ialah UMNO. Dasar UMNO dan Mahathir (serta Mid Man) menyebabkan popularnya ajaran sesat.

Pertama: Dasar UMNO yang kurang memberikan pengisian jiwa kepada rakyat. Yang bayaknya ialah program merosakkan jiwa kalau adapun program agama, ia bertujuan untuk propaganda menyokong BN dan Mahathir. Banyak sangat program yang melalaikan menyebabkan rakyat kekosongan jiwa. Sedangkan manusia perlukan pengisian fizikal, fikiran dan jiwa. Pengisian yang lain nampaknya dipenuhi, tetapi pengisian jiwa amat terbatas. Bila rakyat kekosongan pengisisan jiwa, mereka mudah ditimpa kekusutan perasaan, tekanan jiwa dan ketegangan diri. Tambah pula dengan kehidupan penuh materialistik dan individualistik yang ada kini. Jadi mereka pun cuba mencari ubat pengisi jiwa yang kosong. Akhirnya yang mereka jumpa ialah ajaran yang zahirnya berbentuk tarikat dan sufi. Tetapi sebaliknya adalah kelompok ajaran sesat.

Kedua: Sistem pendidikan yang gagal memberikan ilmu dan benteng yang cukup bagi rakyat memahapi kesesatan dfan kebatilan. Ka;lau ilmu dah cukup, tentu tak ada masalah nak bezakan antara ajaran sesat dan ajaran yang benar. Tapi sistem pendidikan terbukti gagal melakukan peranannya.

Ketiga: Pihak berkuasa agama tidak seruis membanteras ajaran sesat. Lembab, lambat, bertangguh dan tidak peka menjadi amalan mereka. Ini kerana kurangnya tekanan dari orang atas. Mereka lebih utamakan kerja-kerja membanteras pendakwah-pendakwah Islam, dan para ulama serta aktiviti-aktiviti Islam yang dianggap menyokong pembangkang. Habis wang rakyat dikerah untuk kepentingan politik UMNO bagi melawan PAS. Jentera kerajaan di JAKIM dan JA lain diperalatkan sepenuhnya bagi mencapai cita-cita politik UMNO. Urusan melawan ajaran sesat tergendala. Ada juga pemimpin UMNO yang menaungi persatuan silat yang ada unsur bercanggah dengan akidah. Persatuan ini pernah dibekukan oleh BHEIS (sekarang JAKIM) tapi terpaksa di tarik balik pengharamannya kerana pengaruh orang tadi.

Keempat: UMNO sentiasa cuba menyekat ajaran Islam yang betul. Terlalu banyak usaha dilakukan untuk menghalang aktiviti pengajaran Islam di masjid, surau , pejabat, dan lain-lain. Ulama digam, masjid dikongkong peranannya, surau disekat aktivitinya dan macam-macam lagi. Rakyat jadi sukar nak cari ajaran yang benar. Ulama yang tak sesat dihina dan dikutuk, kumpulan yang ikhlas dituduh menyeleweng dan macam-macam lagi. Hasilnya rakyat yang ingin mendapatkan ilmu Islam mencari guru yang sesat dan berkepentingan.

Kelima: Pemimpin UMNO sendiri menghina Islam dengan perkataan dan perbuatan. Jadi bila guru ajaran sesat ini buat begitu, rakyat anggap itu perkara biasa.

Keenam: Pemimpin UMNO khasnya Mahathir mengajar rakyat supaya ikut pemimpin tanpa banyak soal. Patuh membabi buta dalam segala urusan. Kalau tak ikut pemimpin dianggap berdosa. Tak dengar kata pemimpin dianggap derhaka dan tak bersyukur. Jadi guru ajaran sesat ini guna cara sama untuk pengaruhi ahli.

Ketujuh: Kalau diamati maksud sebenar 'ajaran sesat' UMNO pun sebenarnya boleh dikategorikan dalam ajaran sesat. Kerana UMNO menghalalkan perkara yang haram serta menghina agama Islam. Bezanya ialah UMNO ada KUASA. Jadi tak hairanlah kalau ajaran sesat berleluasa di Malaysia..... fikirkan....

Fardos Leh