Pulau penerbitan Yahya Ismail.

Di sini saya ingin memaklumkan kepada seluruh pendokong reformasi, ahli-ahli serta penyokong parti Barisan Alternatif berhubung dengan penerbitan akhbar dan majalah yang tidak berkala. Sejak tercetusnya reformasi berbagai buku, majalah dan juga akhbar saiz tabloid yang dikeluarkan. Tujuannya ialah untuk menampung berita dari pihak BA dan reformasi yang tidak mendapat tempat di dalam akhbar-kahbar perdana yang dikuasai oleh parti Umno dan sekutunya.

Sehubungan itu lahirkan beberapa orang penulis bebas yang pro reformasi dan berani menanggung risiko dengan menerbitkan buku, majalah dan akhbar yang tidak mempunyai permit. Di antara mereka ialah Ahmad Lutfi Othman, Mohd Sayuti Omar (MSO), Tarmizi Mohd Jam, Suria Junid dan lain-lain. Alhamdulilah sambutan terhadap bahan-bahan hasilan mereka memuaskan.

Dalam waktu yang sama muncul juga penulis bebas yang berpihak kepada kerajaan dan menjadi penyokong Dr Mahathir Mohamad. Di antara mereka ialah Yahya Ismail, Syed Hussein Al Attas, Khalid Jafri dan beberapa yang lain. Sambutan kepada tulisan atau bahan terbitan mereka tidak begitu memuaskan. Umpama akhbar tabloid Bebas yang diterbitkan oleh Yahya terpaksa dikuburkan kerana di pulaukan oleh orang ramai.

Bagaimana pun mereka ini tidak mudah mati akal. Yahya Ismail sudah pun mengubah kiblat serta hala tuju penulisannya. Beberapa isu akhbar Bebas sudah mula swing kepada alternatif. Dan sesuatu yang mengejutkan bukan itu sahaja, akhir-akhir ini beliau sudah mula membuat penerbitan lain berbentuk tabloid dengan harga RM2.00 seperti mana Ahmad Lutfi.

Penerbitan itu khabarnya mendapat sambutan disebabkan orang tidak mengetahui yang si Yahya di belakang penerbitan berkenaan kerana beliau tidak menonjolkan namanya. Setakat ini sudah tiga isu akhbar tabloid berkenaan diterbitkan. Isu pertama dengan nama “Isu Terkini” kedua, “Isu Nasional”, dan ketiga “Isu Rakyat”. Akhbar berkenaan tidak menggunakan penerbitan Usaha Teguh sebagai penerbit, tetapi digunakan nama syarikat Penerbitan Berkala. Penerbitan ini sebenarnya tidak wujud sama sekali.

Pemakluman ini bukan bertujuan untuk mengkhianati Yahya. Kita bersyukur kalau beliau menjadi agen baru kepada reformasi dan juga Barisan Alternatif. Tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah, beliau jelas sangat, menangguk di air keruh. Satu masa beliau mengkhianati reformasi, dengan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi bukunya. Dan bila penerbitannya tidak laku, dia pusing balik menyokong reformasi.

Jadi untuk mengajar Yahya, elok kalau penyokong reformasi, penyokong BA, tidak membantu Yahya dengan membeli penerbitan berkenaan. Biarlah Yahya merasai balasannya. Dan biarlah orang-orang Umno, BN serta Mahathir yang membelinya. Sekian terima kasih.

- Badik Peribadi.