LAPURAN DARI PULAPOL

Komentar 16/4/2000

 

Lapuran 11.20pm 15/4/2000

Hari ini rakan-rakan dan kaum keluarga mereka yang akan pergi ke Pulapol untuk mengetahui nasib pejuang-pejuang yang ditahan. Dimaklumkan kepada kami dari sumber-sumber tidak resmi terdapat 48 orang yang ditahan. Ketua Pemuda PAS Sdr Mahfuz adalah antara mereka yang hadir untuk memberi sokongan moral. Disini KOMENTAR ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan kepada SUARAM kerana usaha mereka dan keprihatinan mereka terhadap tahanan dan keluargan mereka yang ditahan. Mereka telah menunjukkan komitment yang tinggi. Tanpa SUARAM maka mereka yang hadir untuk mengetahui nasib pejuang akan terus tersisih. Hari ini beberapa peguam akan hadir untuk mengetahui keadaan pejuang-pejuang tersebut.

 

Komentar