KOMENTAR

PENTING UNTUK SEBARAN KEPADA RAKYAT

25.11.2000

PULAPOL JADI TEMPAT RAKAMAN VIDEO FITNAH

Komentar telah dimaklumkan bahawa satu rakaman video bagi menunjukkan keganasan pihak Reformasi yang mengadakan demonstrasi akan di sebarkan bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat dan bagi terus-menerus memfitnah kita yang menuntut perubahan dalam negara ini.

Satu rakaman dengan lakunan kononnya kita telah memukul polis akan di sebarkan bagi tujuan memburuk-burukkan kita dan juga untuk tujuan memancing untuk di Lunas.

Kerja-kerja ini dijalankan dengan kadar pantas oleh kerajaan  kerana menurut sumber Komentar lapuran risik polis menunjukkan bahawa BN akan tewas di Lunas.

Pegawai yang bertugas merisik untuk melapurkan siapa yang kemungkinan memenangi pilihanraya setakat hari ini memberi maklumat bahawa sokongan BA semakin hari semakin meningkat dan sekiranya berterusan BN akan tewas. Mereka mempunyai beberapa hari lagi untuk cuba memancing kembali undi rakyat kepada BN.

Perbuatan keji memfitnah dan membuat video palsu ini bukan satu kegiatan asing BN. Mereka pada pilihanraya ke 10 telah membuat video palsu berkenaan dengan Sdr Anwar Ibrahim. Video ini di beri percuma dan di sebarkan di seluruh kawasan khususnya kerusi Parlimen. Permainan jahat ini harus dimaklumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

Kita menjalankan demonstrasi aman. Mereka hadir dan berlaku zalim pada kita sehinggakan hampir 30 % yang di tangkap di siksa dan di dera.

Komentar memohon pada anggota polis dan pegawai keselamatan yang terlibat dan tahu , melangkah berani memberi keterangan kepada rakyat agar kezaliman dan kemungkaran terhindar.

Komentar