MERRY X’MAS FROM PRM

ON BEHALF OF PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM) I WISH TO

EXPRESS MERRY CHRISTMAS TO ALL OUR CHRISTIAN

FRIENDS IN AND OUTSIDE THE COUNTRY.

WHILE WE CELEBRATE THIS AUSPICIOUS DAY, LET US

STRENGTHEN THE BOND OF LOVE AND FRIENDSHIP AMONG

ALL PEOPLE OF DIFFERENT RACES AND CREEDS, SO THAT

WE CAN ALL LIVE IN UNITY, PEACE AND PROGRESS.

DR SYED HUSIN ALI
PRESIDENT, PRM


 

Assalamualaikum wbt

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
Daripada Dr Syed Husin Ali, Presiden  PRM

Bagi pihak diri sendiri dan juga Jawatankuasa Pusat (JKP) Parti Rakyat Malaysia (PRM), saya dengan penuh gembira mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, termasuk khususnya para anggota dan penyokong PRM.

Semasa saya menulis ucap selamat ini,  kita sudah hampir selesai menunaikan fardu sebulan berpuasa. Kita berpuasa dalam bulan Ramadan untuk menunaikan satu daripada Rukun Islam yang lima. Selain itu kita menunaikannya sebagai satu perjuangan. Selama sebulan kita berjuang menahan dugaan lapar dan segala macam hawa nafsu. Puasa menguatkan iman dan  ketahanan serta disiplin diri kita.

Dengan berpuasa kita diinsafkan juga tentang pedih perih kelaparan golongan miskin yang kekurangan makanan. Seterusnya, dengan sendiri boleh timbul kesedaran untuk membela golongan yang miskin, dan menghapuskan jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dengan miskin, akibat daripada  pemusatan kekayaan pada tangan segelintir manusia.

Kita merayakan Aidil Fitri sebagai satu kemenangan dalam perjuangan suci. Dalam perayaan kemenangan ini kita mengucap syukur ke Hadrat Ilahi kerana telah berjaya memenuhi setahun lagi tanggungjawab kita kepada Allah. Kita berharap, Insha Allah, akan berjaya juga melakukan tanggungjawab kita  terhadap semua manusia, terutama golongan yang miskin dan dzaif - tegasnya golongan Mustadafiin. Kita juga menghulurkan sepuluh jari untuk bersalaman serta bermaaf-maafan.

Minal A’ideen Wal Faizeen.