Oleh : maden mymaden@yahoo.com

Perjuangan dalah salah satu kata hikmat yang jarang kita dengari atau ketemui pada masakini. Tetapi bagaimana dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM)?. Adakah kita patut memanggil parti itu sebagai pejuang tulen tanahair negara kita ini? . Memang tidak dapat dinafikan lagi hakikatnya. Memang benar PRM adalah salah satu parti yang ulung di negara kita ini yang memperjuangkan demokrasi sejak sebelum merdeka lagi. Tetapi mengapakah ianya tidak mendapat sambutan atau galakan daripada rakyat di negara kita ini pada masakini ? Mungkinkah kerana organisasinya, kerana kepimpinannya, kerana kewangannya, semua ini menjadi tanda tanya , kenapa ?

Dari segi organisasinya PRM memanglah cukup kuat dimasa lampau dahulu tetapi selepas kemenangan Parti Perikatan kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menahan seramai mungkin mereka-mereka ini kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara dan dikenakan tindakan dipenjara tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini sungguh kejam dan zalim. Dari segi kepimpinannya PRM sekarang sudah cukup matang dengan politik tanahair telah melahirkan ramai generasi-generasi muda yang dapat menerima dasar yang diperjuangkan oleh PRM ini. Sekarang PRM walaupun sebuah parti yang kecil sudah mempunyai mereka-mereka yang berfikiran profesional baik dari segi ekonomi, perundangan, politik hinggalah ke rakyat biasa yang dahagakan keadilan di negara kita ini. Dari segi kewangan memanglah sebuah parti yang kecil akan melahirkan aset yang kecil dan hanya bantuan daripada dikalangan ahli yang baru sahaja akan dapat merubah segala-galanya dari kecil hinggalah menjadi satu parti politik yang besar dan digerumi oleh pemerintah. Tetapi PRM masih lagi tidak mendapat sokongan atau sambutan daripada rakyat negara ini. Kenapa ? Dimanakah silapnya perjuangan yang menegakkan keadilan tidak dapat sambutan ?

Ini adalah disebabkan oleh pemerintah yang cuba-cuba menakut-nakutkan rakyat dengan berita-berita palsu dan pandai bermain sandiwara dengan mengatakan dan mengelar PRM ini adalah salah satu parti yang membawa ideologi komunis dan ingin membawa unsur-unsur komunisme kedalam Malaysia ini khususnya. Sekarang kita dapat lihat bagaimana sejarah itu telah diubah pada zaman UMNO kini. Mereka takut dan tidak mahu menerima hakikat sebenarnya bahawasanya mereka ini hanyalah mainan British di masa dahulu sahaja. Mereka hanyalah pak angguk sahaja hanya menurut kata dan kehendak penjajah. Mereka ini takut untuk berjuang dengan darah dan takut untuk menuntut kemerdekaan dengan darah mereka sendiri sebab itulah mereka-mereka ini bersengtongkol dengan British supaya senang mendapat kemerdekaan. Tetapi bagaiamana dengan sekarang semua buku sejarah dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 5 semuanya mengatakan UMNO lah yang memperjuangkan kemerdekaan dengan bersungguh-sungguh. Disini juga mereka mengetepikan pejuang-pejuang ulung tanahair seperti Ahmad Boestaman, Dr. Burhanuddin Helmy dan Ishak Hj. Muhammad yang berjuang berhabis-habisan menentang imperialis atau penjajah ini dengan darah mereka sendiri. Tapi dimanakah nilai perjuangan murni mereka ini? Ketiga-tiga tokoh ini diperkecilkan perjuangan beliau dan mengatakan bahawa mereka ini hanya memperjuangkan menda-menda yang sia-sia sahaja. Dimanakah relevannya sejarah pada masakini ?

Disini kita dapat lihat bagaimana sejarah telah diekploitasikan daripada yang betul hingga menjadi palsu hingga hilang kebenarannya itu. Bagaimana pula jikalau rakyat masih menyokong pemerintah pada masakini, apa akan terjadi pada sejarah kita ini pada mungkin 20 tahun yang akan datang jikalau sifat ini dijajah kembali oleh golongan-golongan ini. Memang benar perjuangan adalah sesuatu yang hina jikalau kita berjuang untuk kebenaran menentang kezaliman itu tidak dicapai sepenuhnya. Hina Sehina Hinanya !! . Sebab itulah PRM tidak merasa hampa atau kecewa dengan perjuangan yang dilakukan ini kerana PRM berjuang di atas keyakinan diri menentang kemungkaran, kezaliman, penjajahan dan segala bentuk untuk menegakkan keadillan untuk manusia. Orang yang merasa hampa adalah mereka yang berjuang semata-mata kerana kebendaan, kerana perut semata-mata. Inilah baru perjuangan yang sia-sia yang ditangisi oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammed.

Jadi, disebalik kekalahan, kekecewaan yang melanda PRM ada hikmah disebaliknya itu. Jikalau dilihat sekarang sudah ramai rakyat dan terutamanya golongan-golongan profesional yang sudah dan dapat menerima dasar perjuangan yang diperjuangkan oleh PRM kini. Ini adalah berkat usaha pimpinannya yang dapat menahan kekecewaan itu walaupun sudah berumur hampir 42 tahun penubuhannya. Dengan adanya kepimpinan yang diterajui oleh golongan yang berpengalaman maka disini kita dapat lihat bagaimana PRM sekarang sudah dapat diterima oleh rakyat di Malaysia khususnya. Pemerintahan yang diterajui oleh UMNO sekarang sudah kurang senang dengan PRM ini walaupun ianya sebuah parti yang kecil tapi mampu mengugat kedudukan parti-parti yang besar seperti UMNO. Kalau boleh UMNO ingin menghapuskan dan melumpuhkan terus arus perjuangan yang diperjuangkan oleh PRM ini selama sebelum merdeka lagi.

Sekarang ini kita diheboh-hebahkan dengan isu perkauman yang dibawa oleh UMNO untuk dibincangkan dengan PAS dan Keadilan semoga melayu dapat disatukan dari segenap sudut di negara kita yang berbilang kaum ini. Bagi PRM rasanya sudah biasa dengan hal sebegini rupa kerana PRM dalam dasar perjuangannya juga menolak isu perkauman yang boleh membawa padah dalam negara kita sendiri. Sebab itulah para pemimpin PRM mengeluarkan kenyataan bahawasanya pertemuan mata antara pemimpin tertinggi PAS, Keadilan dengan UMNO tidak diteruskan kerana ini dalah salah satu permainan politik kotor UMNO untuk terus memperkuatkan lagi orang melayu memihak kepadanya. Apabila sahaja selesai pertemuan itu UMNO lah diantara sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu dan berjaya menyatukan orang melayu di Malaysia ini. Sedangkan sekarang UMNO sudah kepupusan sokongan daripada orang melayu sendiri dan UMNO sekarang sudah tidak layak mengelar diri mereka sebagai sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu sedangkan mereka sendiri tidak boleh menyatukan parti-parti melayu supaya berada dibawahnya. Dimanakah relevannya perjuangan UMNO sekarang ini ? Ini adalah salah satu isu dan sandiwara UMNO untuk memperkuatkan lagi organisasinya supaya terus mendapat sokongan daripada orang melayu dan bukan melayu.

Jadi, pengunduran Parti Keadilan Malaysia daripada perbincangan tentang perpaduan orang melayu itu seharusnya dan adalah salah satu yang begitu menarik dan begitu hebat. Mengapa harus dibincangkan tentang perpaduan orang melayu sedangkan dalam perlembagaan telah termaktub dan terbukti bahawasanya perpaduan orang melayu itu tidak boleh dipertikaikan. Tentang isu Suqui itu ternyatalah bahawasanya apa yang di `rayu` itu bukannya dalam bentuk satu ugutan ataupun paksaan supaya dihapuskan hak keistimewaan orang melayu, tetapi apa yang diminta itu adalah suatu `rayuan` yang seharusnya dibincangkan dan kita sebagai orang melayu berhak menolak mana yang buruk dan menerimanya mana-mana rayuan yang agak munasabah untuk menegakkan keadilan di Malaysia ini. Ini bukannya suatu `paksaan` atau `ugutan` yang diutarakan oleh Suqui. UMNO yang menyalah tafsirkan mana yang baik dan mana yang buruk. UMNO sepatutnya berfikiran lebih terbuka dan lebih matang tentang isu perkauman ini. Jadi, disini kita dapat tafsirkan bahawasanya orang melayu yang lebih `fanatik` dari orang Cina. Tetapi harus diingat hanya orang melayu dalam UMNO sahaja yang fanatik. Mereka tidak boleh menerima teguran daripada masyarakat Cina. Kalau bagi mereka yang peka ini adalah salah suatu teguran yang perlu kita bincangkan dan ianya boleh diselesaikan tanpa sebarang masalah jika UMNO bersedia, tetapi sebaliknya.

Kalau dilihat tentang riwayat-riwayat lama tentang sejarah peradaban negara kita mesti kita ada atau pernah membaca atau melihat cerita tentang Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekui. Siapakah mereka itu ? Adakah mereka itu orang melayu atau orang Cina yang dianti-antikan oleh UMNO. Masih saya ingat pada zaman sekolah dahulu dimana cikgu sejarah ada mengatakan dan menghadapi kemusykilan untuk menentukan mereka-mereka ini adalah orang melayu ataupun orang Cina kerana jika diteliti perkataan `Hang` itu adalah perkataan daripada golongan-golongan Cina. Tetapi mengapa melayu yang mendapat publisitinya ? Inilah yang dikatakan masyarakat majmuk sebab kita bukannya mengetahui mungkin kita ini adalah salah satu golongan ataupun berasal daripada orang Cina dikala nenek moyang kita dahulu. Mungkin itu suatu kenyataannya ataupun kebenarannya. Terfikir sejenak dua jika memikirkan hikayat-hikayat lama itu yang dimana kebenarannya. Sebab itulah ideologi dan dasar itu penting dalam memajukan parti supaya dapat bertahan dengan lama dan lebih maju ke hadapan. PRM ialah parti politik dari semua sukubangsa. Menghapuskan sistem penjajahan baru dan sistem feudal mencapai kemerdekaan yang tulen dan mewujudkan pemerintahan demokrasi rakyat di Malaysia ini. PRM juga mengambil teori Sosialisma Saintifik sebagai pedoman berkerja dalam memandu kebenaran umumnya dengan keadaan-keadaan konkrit perjuangan progresif rakyat Malaysia dalam melawan penyelewengan-penyelewengan `kiri` dan `kanan`. PRM jugak terbentuk berdasarkan perjuangannya diatas gabungan tenaga kaum buruh dan kaum tani dari semua kaum dan mereka ini berkerjasama dengan mempersatukan semua rakyat dari segenap lapisan. Jikalau dilihat tujuan utama atau tujuan pokok PRM ini ialah mendirikan sebuah negara berperlembagaan yang demokratik dimana setiap rakyat dijamin hak-hak asasi manusia dan lunas-lunas demokrasi diamalkan dengan sepenuhnya, menggabungkan pandangan cinta bangsa dan persaudaraan antarabangsa menentang pandangan cauvanis dan nasionalis sempit. Walaupun ideologi atau prinsip yang menjadi urutan atau turutan PRM adalah `sosialisme` tapi PRM tetap tidak melupakan meletakkan prinsip-prinsip Islam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dihadapan perjuangannya tetapi PRM juga menjamin kebebasan beragama dan berfikir kepada semua rakyat di Malaysia ini. PRM juga tidak melupakan perjuangan menuntut keadilan dimana-mana sahaja atas dasar perjuangan rakyat di seluruh dunia bagi pembebasan dan keadilan dan dengan itu juga PRM menjalankan satu dasar luar yang merdeka dan berkecuali dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara atas asas-asas persamaan, saling hormat-menghormati dan tidak campur tangan dalam urusan negara masing-masing.

Parti Rakyat Malaysia ini disusun diatas prinsip demokrasi kepimpinan sebagai sebuah pertubuhan nasional yang padu. Ia memperjuangkan perpaduan parti diatas dasar prinsip dan melawan aliran-aliran opurcunis `kiri` dan `kanan`,faham-faham berpuak-puak dan bersuku-suku,dogmatik,subjektif dan individualis. Dengan berpegang kepada prinsip demokrasi kepimpinan inilah PRM dapat bertahan hingga ke hari ini walaupun ianya sebuah parti yang kurang mendapat sambutan pada suatu masa dahulu. Matlamat dan berkerja keras adalah salah satu usaha PRM untuk lebih maju lagi dimasa hadapan dan dengan perubahan dan kesesuaian pada masakini yang lebih kepada teknologi PRM juga mengambil langkah yang sama dengan kesesuaian zaman dengan meletakkan matlamat yang lebih baik dengan merancang menamatkan permerintahan BN yang mewakili kepentingan-kepentingan kaum pemodal monopoli tempatan dan imperialisme dan menubuhkan sebuah negara Malaysia merdeka,bebas dan demokratik dan sebuah pemerintahan yang adil,bersih,berjimat dan cekap. PRM juga merancang menubuhkan sebuah ekonomi nasional yang terancang, berdikari, saksama dan dikuasai oleh rakyat jelata dan juga menubuhkan sebuah masyarakat moden yang maju yang berasaskan pandangan hidup saintifik,persamaan,persaudaraan,ketinggian akhlak dan kebersihan rohani. Justeru itu juga akan mengembangkan sebuah kebudayaan nasional maju,kaya,saintifik dan universal bagi rakyat Malaysia.

Jadi, disini kita lihat bahang politik PRM atau ideologi yang dibawanya sudah mampu disesuaikan dengan zaman masakini yang mana PRM telah lama melaungkan slogan `hapuskan nepotisme, kronisme dan amalan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah yang sekarang ini kebanyakkannya bersifat rasuah dan kroni yang hanya pentingkan wang dan kuasa semata-mata untuk kepentingan diri masing-masing. Jadi, adakah rakyat pada masakini tidak dapat menerima lagi Parti Rakyat Malaysia ini walaupun kita tahu akan perjuangannya yang tulen itu dan tiada tandingannya. Tapi, mengapa ianya tidak se-popular dahulu dan saya percaya mungkin pada suatu masa lagi, Insya-Allah rakyat di Malaysia ini dapat menerima dasar PRM ini walaupun tidak mengangotainya. Justeru itu dapat disimpulkan disini bahawa memang tidaklah dapat dinafikan lagi perjuangan PRM yang selama ini dituduh dan dicop sebagai komunis yang bersifat pengganas adalah suatu perjuangan yang tulen menegakkan keadilan untuk rakyat yang dizalimi. Jadi saya inigin menyatakan sekali lagi walaupun Parti Rakyat Malaysia ini ialah sebuah parti politik yang berideologikan Sosialime tetapi sosialisme yang dibawa oleh PRM ini bukannya tiruan dari luar tetapi mempunyai asas dalam sejarah perjuangan rakyat dan keadaan masyarakat negara ini. Ideologi dan rancangan politik PRM menyebatikan unsur-unsur positif dan progresif dari Nasionalisme, bersesuaian dengan nilai-nilai universal yang luhur dari adat serta agama dan tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Dan, sebagai sebuah parti politik PRM terus berjuang untuk hak serta kepentingan golongan rakyat terbanyak terdiri dari petani,nelayan,buruh,pegawai rendah,peniaga serta pengusaha kecil dan lain-lain golongan miskin,terbiar atau tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Ia bercita-cita untuk menegakkan sebuah masyarakat atau negara Malaysia yang menjamin kebebasan rakyat, demokrasi, keadilan sosial, persamaan persaudaraan, kebenaran, ketinggian akhlak serta kebersihan rohani dan menentang kezaliman, ketidakadilan, penindasan, kemiskinan, kecurangan, pembaziran dan keruntuhan moral dan akhlak.

Hidup Perjuangan Rakyat !

maden Kota Bharu, Kelantan