Lapuran Polis PRIM terhadap beberapa Pegawai Polis

Scan Muka Pertama Lapuran Polis (Klik sini)

Lapuran Polis telah di buat keatas :

- Ketua Polis Negara

- Timbalan Ketua Polis Negara

- Ketua Polis Daerah Jenayah Petaling

- anggota polis yang bertanggung jawap di Kg Medan

Menurut PRIM dan berdasarkan lapuran yang diperolehi Polis Di Raja Malaysia gagal menyempurnakan tanggungjawab dengan berkesan dan gagal dalam tugasan mereka memberi perlindungan kepada masyarakat India di Kg Medan.

Insiden Kg Medan BUKAN insiden perkauman dan polis gagal dalam usaha mengembalikan keamanan walaupun selepas keganasan dan pembunuhan berlaku.

PRIM juga memaklumkan bahawa Polis gagal menyiasat siapa "pasukan / orang luar/ jenayah terancang.

Menurut Lapuran Herald Tribune 12.03.2001 pasukan polis hanya melihat seorang India (Muniratnem) dipukul sehingga mati malah telah menghalang orang kampung di sana untuk menyelamatkan orang yang dipukul.

Keadaan tidak seslesa ini menyebabkan lapuran di buat keatas kegagalan polis dalam menyiasat dan mengemablikan keamanan di Kg Medan.

Komentar