KOMENTAR

LUNAS 21.11.2000 12.30 pagi

LUNAS DI BANJIRI PENDOKONG BARISAN ALTERNATIF

Wakil Komentar di Lunas memaklumkan bahawa Datin Presiden Wan Azizah telah mengumumkan Sdr Saifuddin Nasution sebagai calon Barisan Alternatif pada tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Pendokong Alternatif membanjiri LUNAS dan menurut wakil kami hampir 25,000 pendokong hadir.

Esok merupakan hari penamaan calon bagi Lunas jentera pilihanraya dari semua komponen Barisan Alternatif telah di gerakan untuk menentukan agar Barisan Alternatif mencapai kejayaan.

Dari lapuran yang kami terima Barisan Nasional telah meminta UMNO dan semua komponennya  dari seluruh negara menghantar wakil bagi menentukan kejayaan mereka. Sungguhpun begitu Pendokong Alternatif nyata lebih bersemangat untuk menentukan kejayaan mereka.

Seperti biasa Barisan Nasional dengan keghairahan wang mereka menggunakan segala media demi untuk menjayakan apa jua agenda mereka. Hari ini juga kita bagaimana mereka mengancam sekiranya mahu pembangunan maka mereka harus mengundi MIC. Modal mereka adalah kononnya pembangunan yang mereka sudah beri sedangkan apa yang kita lihat adalah kuah tanpa sebarang isi.

Komentar