POLITIK WANG

KIRIMAN AZHAR

 

Keributan dan kekalutan yang sering melanda negara kita kebelakangan ini adalah berpunca daripada tindakan Sang Algojo Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed dan konco-konconya yang rakus serta tamakkan kuasa. Sejak Sang Algojo menduduki jawatan PM pada awal 1980-an, ada saja karenah dan kontroversi yang telah dicetuskan olehnya.

Tafsiran Datuk Seri Sanusi Junid, Bekas MB Kedah yang paling brutal amat menarik untuk direnungi kerana ianya menggambarkan corak politik UMNO yang diterajui oleh Sang Algojo.

Katanya, wang kertas seringgit mengandungi gambar Tugu Negara; ini bermakna pengorbanan golongan tentera kita yang telah meninggal dunia semasa berjuang hanya bernilai RM 1. Wang kertas lima ringgit tertera Istana Negara; ini bermakna nilai Institusi Raja-Raja hanya RM5. Wang kertas sepuluh ringgit memaparkan Stesen Keretapi Kuala Lumpur; ini bermakna kelengkapan infrastruktur hanya bernilai RM10. Wang kertas dua puluh ringgit menunjukkan gambar bangunan Bank Negara;ini menandakan ekonomi hanya bernilai RM20. Wang kertas lima puluh ringgit mengandungi gambar Muzium Negara; ia menunjukkan sejarah kita yang bernilai RM50. Wang kertas seratus ringgit menunjukkan gambar Masjid Negara, yang bermakna agama dinilai RM100. Sementara wang kertas lima ratus ringgit menunjukkan bangunan Mahkamah Agung yang bermakna keadilan di negara kita bernilai RM500. Dan nampaknya yang dinilai paling mahal di negara kita ialah politik kerana belakang wang kertas seribu ringgit menunjukkan gambar bangunan Parlimen.

Jelas ini menunjukkan Sang Algojo sanggup meminggirkan Institusi Raja-Raja, memperalatkan Institusi Kehakiman, mempergunakan Dana Negara, meremehkan perjuangan golongan tentera(Insiden Sauk) hatta kepada mempertaruhkan masa depan agama Islam semata-mata untuk mempertahankan survival politiknya. Masih belum terlewat untuk kita kembali sedar dan insaf. Hakikatnya politik UMNO sekadar politik wang kertas. Cukup bahaya apabila kita membiarkan masa depan rakyat, agama dan negara diperdagangkan sewenang-wenangnya. Ingatlah semua! Tiada siapa yang mahu menjadi hamba abdi di negaranya sendiri.