Salam Reformasi
15.03.2001

BILA POLIS BUAT LAPURAN POLIS
rujuk lapuran Malaysia Kini (KLIK SINI)

Nik Ismail Nik Yussoff telah membuat lapuran polis terhadap Laman Web Malaysia Kini, Parti Keadilan Nasional dan PAS atas tuduhan menyebar berita bahawa jumlah kematian akibat pergaduhan di Kg Medan adalah melebihi dari yang dimaklumkan polis.

Polis telah membuat tuduhan bahawa Parti Keadilan Nasional dan Pas telah menyebarkan "phamplet" di kawasan Kg Medan, mempersoalkan angka kematian yang dimaklumkan oleh Polis.

Sungguhpun begitu kedua-dua parti telah menyangkal tuduhan Polis tersebut.

Apakah sebenarnya niat Nik Ismail, Ketua Polis Selangor? Apakah Ketua Polis ini mempunyai agenda yang telah ditentukan oleh orang politik.? Apakah motif lapuran polis ini adalah untuk membuat penangkapan politik pusingan kedua?

Siasatan akan dijalankan keatas pembangkang dan dijangka akan menyoal Presiden Parti Keadilan, Tim.Presiden Keadilan, N.Gobalankrisnan (keADILan), Presiden PRM dan Steven Gan dari Malaysia Kini.

Komentar khuatir tindakan Nik Ismail Nik Yusuff adalah bagi menyempurnakan agenda politik kerajaan dalam usaha menangkap dan menghilangkan terus pengaruh pembangkang di Malaysia ini.

Kita akan menjadi saksi atas niat serong mereka

 

Komentar