KERAJAAN DIGESA KAJI INSENTIF UNTUK POLIS

PETIKAN DARI MALAYSIAKINI.COM

MENURUT PANDANGAN SEKRETARIAT OPS 2004



RABU: Kerajaan digesa supaya mengkaji segera peruntukan gaji termasuk elaun kerja lebih masa pihak polis, terutama kakitangan berpangkat rendah yang merupakan sebahagian besar daripada jumlah rakyat di negara ini. Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional, Anuar Tahir berkata, pihak polis berhak menuntut gaji lebih masa selaras dengan tugas-tugas yang dijalankan itu. "Tuntutan itu (adalah) valid, terutama kakitangan (polis) peringkat bawahan," ulas Anuar berhubung gaji polis yang didakwa tidak setimpal dengan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

 

Beliau mencadangkan supaya kerajaan segera mengkaji masalah itu kerana sebagai sebuah jabatan yang menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, kakitangan polis perlu diberi imbuhan yang sewajarnya, tegas beliau. Anuar juga membuat perbandingan dengan polis di negara lain dari segi kenaikan gaji.

 

"Pihak polis mendapat gaji yang tinggi serta elaun memuaskan supaya tidak terlibat dengan rasuah," ujar beliau kepada malaysiakini. Beliau tidak menafikan pendapatan rendah di kalangan polis berpangkat rendah adalah satu faktor rasuah berlaku.

 

Bagaimanapun Ketua Pegawai Perhubungan Awam Polis Bukit Aman, Superintenden Benjamin Hasbie menjelaskan gaji rendah bukan faktor utama berlakunya rasuah di kalangan anggota polis.  "Terpulang kepada individu dan budaya masing-masing. Kalau interest (dedikasi) terhadap tugas tidak timbul isu itu," kata Benjamin.

 

Cadangan berhubung imbuhan polis telah dibincangkan dalam satu mesyuarat polis di Lumut dua hari lalu. Mesyuarat bersama pihak polis itu diwakili oleh persatuan pegawai yang diwartakan, persatuan ketua dan inspektor polis serta persatuan pegawai rendah polis.

Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Syed Abdul Rahman Syed Abdul Kadir yang merupakan pengerusi mesyuarat itu dilaporkan berkata cadangan kertas kerja berhubung kenaikan imbuhan akan diserahkan kepada pihak kerajaan untuk peringkat kelulusan.

 

GAJI DAN ELAUN

 

Polis DiRaja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula daripada pangkat Inspektor sehinggalah ke Inspektor Jeneral Polis serta Kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel.

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korporal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

 

Polis berpangkat rendah seperti konstabel lulusan Sijil Rendah Malaysia menerima gaji RM426 sebulan; konstabel lulusan Sijil Pelajaran Malaysia, RM485/RM553 sebulan (tidak termasuk elaun); Inspektor Percubaaan lulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma RM951/RM1,006; dan Kadet Asisten Superintenden Polis (ASP) lulusan ijazah dari mana-mana Universiti yang diiktiraf menerima gaji RM1,328/RM1,826 sebulan.

 

Selain itu kakitangan polis turut menerima elaun khidmat awam, rumah, perubatan, pertukaran serta kepakaran mengikut portfolio masing-masing.

 

 

 

 

Komen SEKRETARIAT OPS 2004:  (Inspektor  BUKIT AMAN)

 

Supritendan Benjamin adalah POLIS MAKAN POLIS