Subject: PERAYAAN DEEPAVALI DICEMARI PIHAK POLIS-POLIS BERTINDA K 
SEBAGAI
GANGSTERS BERLESEN
 
 
PARTI REFORMASI INSAN MALAYSIA (PRIM)
Ibu Pejabat PRIM
Suite 8-10-5 Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku Off Jalan Riong Bangsar
59100 Kuala Lumpur
Tel:    03-22825622/013-3504711
Faks: 03-22825616
 
_______________________________________________________________________
 
YANG BERBAHAGIA TAN SRI NORIAN MAI
KETUA POLIS NEGARA
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
50560 KUALA LUMPUR
8.11.2000
 
Yang Berbahagia Tan Sri,
 
PER:    1. PERAYAAN DEEPAVALI DICEMARI PIHAK POLIS
              2. POLIS BERTINDAK SEBAGAI "GANGSTER BERLESEN"
____________________________________________________________________________
_________
 
Kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan ingin membawa 
kepada
perhatian pihak Yg Berbahagia Tan Sri sekali lagi mengenai salah-laku 
dan
penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang telah antara lain memukul 
kepala
anak pengurus kedai dengan gari (handcuff) yang telah memecahkan kepala 
dia
dan mengakibatkan dia terpaksa menerima 12 jahitan di kepalanya.
 
Dari maklumat yang diterima daripada orang ramai, En. P.Uthayakumar
(Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi 
Manusia
Pro-Tem (PRIM) yang juga Setiausaha Agung Pro-Tem PRIM telah berkejar 
ke
kedai Mercury di Jalan Yam Tuan Seremban, N. Sembilan. Pengurus kedai, 
En.
Palanisamy (78 tahun) telah memberitahu kami bahawa lebih kurang 
sepuluh
(10) orang yang tidak dikenali dan tidak beruniform telah secara kasar 
dan
ganas memasuki kedai dan mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis 
dan
ingin mengeledah kedai tersebut . Kronologi insiden tersebut adalah 
seperti
dalam laporan polis yang dibuat Dr. Thanaletchumy a/p Planisamy 
bertarikh
27.10.2000 dan dalam laporan polis Seremban Report No. 10849/2000 yang
dihuraikan di sini untuk rujukan tuan.
 
SEREMBAN REPORT 10849/2000
 
I/C NO.: 5805770
ALAMAT: 88 JALAN YAM TUAN 70000 SEREMBAN
PEKERJAAN: DOKTOR
 
Pada 25 Oktober 2000 jam lebih kurang 3 petang semasa saya membantu 
bapa
saya untuk menutup kedai runcit kerana menyambut Deepavali lebih kurang 
10
orang yang tidak dikenali dan berpakaian biasa cuba masuk ke dalam 
kedai
bapa saya. Saya tanya "siapa mereka sebenarnya" dan saya diberitahu 
bahawa
mereka adalah pegawai polis dengan suara yang kuat dan kasar. 
Seterusnya
saya minta kad kuasa polis tetapi saya diberitahu "kita bukan polis 
Hong
Kong dan tidak perlu tunjukkan kad kuasa"  dan terus menolak saya 
dengan
kedua-dua tangannya di bahagian payudara saya dan saya terus terjatuh 
dan
apabila saya bangun dia sekali lagi menumbuk saya dengan siku dan saya 
terus
jatuh. Mereka terus masuk ke dalam rumah. Seterusnya saya beritahu adik
perempuan saya Dr. Agilandeswari yang berada di dalam rumah bahawa ada 
orang
masuk. Pada ketika itu juga adik lelaki saya bernama Paramasivam yang 
baru
masuk ke dalam rumah ditolak oleh lebih kurang 3 (tiga) atau 4 (empat) 
orang
ke lantai dan dipukul di bahagian kepalanya dengan gari tangan dan 
tercedera
serta berdarah dengan teruk. Muka adik saya terhentak ke lantai semasa
mereka memukul adik lelaki saya di bahagian belakang kepalanya.
 
Mereka juga telah menolak dengan kuat bapa saya yang sedang mendukung 
anak
saya (cucunya). Kemudian mereka juga menolak kakak saya (Rajeswari P) 
dengan
kuat dan ini menyebabkan kedua-dua mereka juga mengalami kesakitan dan
penderitaan.
 
Adik saya yang bernama Paramasivam dibawa ke hospital Seremban oleh 
suami
saya dan adik saya dimasukkan ke wad 3A dan sehingga kini beliau masih
terlantar di wad 3A Hospital Seremban. Saya, kakak saya dan bapa saya 
juga
menerima rawatan di wad kecemasan pada hari yang sama lebih kurang 5.00
petang. Adik saya (Paramasivam) mengalami kecederaan di bahagian kepala 
yang
parah dan tidak sedarkan diri. Pada ketika itu doktor yang memeriksa 
beliau
memberitahu saya yang mereka tidak dapat menjamin nyawa adik saya yang
berada dalam keadaan kritikal.
 
Saya juga ingin menambah bahawa polis enggan membawa adik saya 
(Paramasivam)
ke hospital walaupun kami meminta sedemikian. Dalam tahun ini sahaja 
kedai
kami telah dirompak dan disamun sebanyak 3 kali dan kami sentiasa dalam
ketakutan. Apabila 10 orang tersebut datang kami di dalam keadaan 
terkeliru
dan tidak tahu siapa mereka sebenarnya. Mereka juga enggan mengenalkan 
diri
mereka ataupun menunjukkan kad kuasa.
 
Selepas adik saya dipukul dan keluarga saya menangis seorang anggota 
polis
menyatakan "ini bukan orang saya", "kerana nila setitik rosak susu
sebelanga"
 
Apabila mereka mengeledah premis dan bilik tidur, mereka tidak 
membenarkan
kami menyaksikannya.
 
Semasa saya menjalani rawatan di wad kecemasan Hospital Seremban, saya 
juga
telah "harassed, humiliated dan unlawfully detained" saya selama lebih
kurang 3 jam. Seorang anggota polis bernama Lans Koperal M. Rafidy yang
berpakaian uniform dari Pondok Polis Hospital Seremban telah secara 
kasar
cuba merampas kad pengenalan saya sebanyak dua kali semasa saya sedang
menunggu untuk menerima rawatan.
 
Seorang lagi anggota polis yang tidak beruniform (di rumah kedai bapa 
saya)
yang dipercayai Detektif Sarjan Jamil telah mengeluarkan pistolnya dan
mengacukan ke arah kepala anjing yang dirantai dan diikat di belakang 
rumah.
Melihat keadaan ini adik Dr Agilandeswari melindungi kepala anjing dan
merayu polis itu sabar dan bertenang dan tidak menembak anjing 
tersebut.
 
Saya berharap pihak polis yang telah menggunakan kekerasan dan 
mengambil
undang-undang di tangan mereka ditangkap dan diadili oleh pihak 
berwajib.
 
Sekian laporan saya,
 
DR TANALETCHUMY A/P PALANISAMY
 
27.10.2000 5.30 petang
 
Kami ingin membawa kepada perhatian Yg Berbahagia Tan Sri mengenai
salah-laku dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis seperti berikut:-
 
1.    Kami difahamkan yang pengeledahan oleh pihak polis tersebut 
adalah
"not authorised search" dan jika
       ianya adalah "authorised" apakah nombor Laporan Maklumat Pertama
(First Information Report)
 
2.    Kenapa pihak polis tidak mendapatkan Saman/Waran Gelidah (Search
Warrant) di bawah Seksyen
       51/54 Kanun Acara Jenayah.
 
3.    Terutamanya apabila kedai tersebut telahdirompak sebanyak tiga 
kali
sebelum ini pada tahun ini sahaja
        (dan diketahui polis) kenapa dan mengapa anggota polis tersebut 
yang
tidak beruniform enggan
       menunjukkan kad kuasa mereka.
 
4.    Malah mereka telah menyatakan yang mereka bukan "Hong Kong Polis" 
dan
enggan menunjukkan kad
       kuasa mereka apabila secara khusus diminta oleh Dr. 
Tanaletchumy.
 
5.    Pihak polis juga telah tidak menjalankan penyiasatan sebelum 
membuat
pengeledahan (search) tersebut
       sebagaimana yang dikhendaki oleh Prosedur Polis.
 
6.    Jika mereka telah menjalankan penyiasatan mereka, mereka tentu 
akan
mengetahui bahawa terdapat
       enam (6) orang doktor perubatan dan seorang peguam dalam 
keluarga
tersebut dan mereka semestinya
       dan pastinya tidak perlu bertindak secara ganas dan kasar dalam
menjalankan tugas mereka.
 
7.    Polis tidak ada kuasa untuk memukul dengan gari (handcuff) dan
memecahkan kepala anak tuan-punya
       kedai sehingga mengakibatkan dia terpaksa menerima 12 jahitan
dikepalanya.
 
8.    Walaupun diminta, polis telah enggan membawa mangsa ke hospital 
malah
mahu membawa mangsa ke
       balai polis.
 
9.    Hanya selepas rayuan keluarga mangsa, dia (mangsa) telah 
dibenarkan
untuk dibawa ke Hospital
       Seremban.
 
10.  Mangsa telah tidak sedarkan diri, berdarah teruk, mendapat 12 
jahitan
di kepala, berada dalam keadaan
       kritikal selama 24 jam dan diwadkan selama 3 hari.
 
11.  3 orang lagi ahli keluarga mangsa telah juga mengalami kecederaan
akibat dipukul oleh polis iaitu 2
        orang wanita dan pengurus kedai tersebut yang berumur 78 tahun.
 
12.  Walaupun mangsa dalam keadaan kritikal dan 4 orang kesemuanya 
menerima
rawatan di Hospital
       Seremban, polis telah bertindak untuk terus menangkap (arrest) 
Dr.
Tanaletchumy a/p Palanisamy oleh
       kerana kononnya "menghalang polis daripada menjalankan tugas".
 
13.   "Dr Tanaletchumy was unlawfully detained for 3 hours, harassed 
and
humiliated".
 
14.  Walaupun Dr. Tanaletchumy yang pernah berkhidmat di Hospital 
Seremban
menegaskan yang beliau
       harus menerima rawatan dahulu, Korperal M.Rafidy telah 
bersama-sama
dengan Detektif Sarjan Jamil
       dan hampir lima (5) orang pegawai polis yang tidak beruniform 
yang
lain (termasuk dua orang anggota
       polis wanita) terus hendak menangkap (arrest) Dr. Tanaletchumy.
 
15.   En. P.Uthayakumar telah memberikan penjelasan dari segi 
undang-undang
dan meminta kerjasama dan
        budi-bicara ASP Zamri melalui telefon dan barulah pihak polis
meninggalkan hospital tersebut.
 
16.   Apabila En. P.Uthayakumar mengenalkan dirinya sebagai seorang 
peguam
dan ingin membantu,
        Korperal M. Rafidy dengan angkuh sekali memberitahu beliau yang
dalam keluarga beliau terdapat
        Jeneral dua bintang dan enggan berbicara dengan En. 
P.Uthayakumar.
 
17.   Pada 27.10.2000 sehari selepas Hari Deepavali keluarga yang 
malang
tersebut telah ke Balai Polis
        Seremban dan membuat laporan polis.
 
18.   Selepas Dr. Thanaletchumy membuat laporan, pihak polis mengambil 
masa
lebih kurang 45 minit untuk
        memberi nombor report.
 
19.   Pegawai Penyiasat ASP Zaaba pula memaksa keluarga mangsa memberi
jawapan mengenai "kes
         mercun" yang mereka sedang siasat walaupun "kes mercun" 
tersebut
tidak ada kena-mengena dengan
         laporan polis Dr. Thanaletchumy iaitu salah-guna kuasa polis 
dan
polis memecahkan kepala mangsa.
 
20.   Walaupun Dr. Agilandeswari yang disoal-siasat menyatakan yang 
soalan
mengenai "kes menjual mercun" tersebut tidak ada kena-mengena dengan 
kes
yang disiasat (polis pukul mangsa) namun ASP Zaaba tersebut masih 
bertegas
dan memaksa Dr. Agilandeswari menjawab soalan beliau mengenai mercun.
 
21.   ASP Zaaba seolah-olah bertekad mahu "fix-up" keluarga tersebut 
dengan
"kes mercun" tersebut dan bukannya kes polis pecah kepala mangsa dan
salah-guna kuasa polis.
 
Kesimpulannya, pihak polis telah menyalah-gunakan kuasa mereka dengan
bertindak secara ganas walaupun mereka "are dealing with" lima orang 
wanita
dan dua orang lelaki di kedai /rumah sendiri di mana mereka telah
menjalankan perniagaan selama hampir 30 tahun. Polis juga telah secara 
kejam
memukul dan mencederakan empat orang termasuk dua orang wanita dan 
bertindak
seperti "gangsters berlesen". Perayaan Deepavali keluarga mangsa telah
dicemari oleh polis yang langsung tidak sensitif terhadap perayaan 
tersebut.
Akhir sekali, keluarga mangsa telah dianiyai oleh pihak polis. "The 
dangers
of abuse by ununiformed policemen once again resurfaces".
 
Kami dengan ini mencadangkan supaya anggota polis yang tidak beruniform
tidak dibenarkan mengeledah (search) dan/atau menangkap seseorang oleh
kerana identiti mereka tidak dapat diketahui oleh mangsa. Mereka hanya 
harus
digunakan untuk tujuan intipan sahaja. Anggota polis yang beruniform 
harus
digunakan semasa mengeledah (serach) dan menangkap (arrest) supaya 
mangsa
dapat mengenal-pasti anggota tersebut dan mengambil tindakan yang
sewajarnya(jika perlu).
 
Kami dengan ini memohon supaya tindakan yang sewajarnya diambil pada 
kadar
segera dan pihak kami dimaklumkan mengenai perkembangan kes ini. Kami 
juga
memohon supaya ASP Zaaba, Detektif Sarjan Jamil, Insp. Harol, Lans 
Korperal
M. Rafidy dan anggota-anggota polis yang lain yang terlibat dan 
khususnya
anggota-anggota polis yang tidak beruniform yang mencederakan mangsa 
ditahan
kerja dengan serta merta sementara penyiasatan terhadap anggota-anggota
polis ini diselesaikan.
 
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
 
 
R.N. Rajah
Pengerusi(Pro-tem)
JAWATANKUASA PEMANTAU POLIS DAN HAK ASASI MANUSI (PRO-TEM)
PARTI REFORMASI INSAN MALAYSIA/
 
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG PRO-TEM
PARTI REFORMASI INSAN MALAYSIA
 
 
c.c.        MENTERI DALAM NEGERI
              DATO' SERI ABDULLAH BIN HJ AHMAD BADAWI
              JABATAN PERDANA MENTERI
              ARAS 4 BLOK BARAT BANGUNAN PERDANA PUTRA
              PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
              62502 PUTRAJAYA SELANGOR
 
              SAC2 HJ SULAIMAN BIN HJ MOHD YUSOF
              TIMBALAN PENGARAH 4 TATATERTIB
              TINGKAT 18 IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
              50560 KUALA LUMPUR
 
              KETUA POLIS NEGERI SEMBILAN
              SAC 1 DATO' AMIRUDDIN B. CHE EMBI
              IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN
              JLN CAMPBELL
              70720 SEREMBAN, N. SEMBILAN
 
              OCPD SEREMBAN
              ACP MAK CHEE ONN
              IBU PEJABAT POLIS DAERAH SEREMBAN
              JLN CAMPBELL
              70200 SEREMBAN, N. SEMBILAN
 
              Y.A.B. MENTERI BESAR N. SEMBILAN
 
              PRESIDEN MAJLIS PEGUAM MALAYSIA
 
              SUARAM
 
              HAKAM
 
              PRESIDEN  M.I.C.
 
              SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)
               -    sila siasat dan ambil tindakan dengan segera
memandangkan yang prestasi polis bertambah buruk semakin hari.Terima 
Kasih.