BILA UMNO MEMBUAT LAPURAN, POLIS BERTINDAK CEMERLANG, INIKAH YANG DIKATAKAN KEADILAN?

Jam 12.02, pada 5-03-2001 Zulkifli Bin Mohd Alwi selaku Setiausaha Pemuda UMNO bersama Dato Aziz Sheikh Fadzir telah membuat satu lapuran polis berkenaan lapuran akhbar (MINGGUAN MALAYSIA) yang menyebut bahawa Sdr Ezam Mohd Nor sedang dan akan membuat demonstrasi setiap hari beagi menggulingkan kerajaan memerintah. Lapuran Setiausaha Pemuda itu berbunyi :-

Pada 4 hb Mac 2001, saya terbaca didalam akhbar Mingguan Malaysia kenyataan oleh Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Nor yang merancang untuk melancarkan demonstrasi jalanan besar-besaran dan berjadual bertujuan menggulingkan kerajaan sedia ada, yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

Lapuran akhbar tentang hal ini saya peroleh jam 9.30 pagi di Hotel Pan Pacific, Jalan Putra Kuala Lumpur.

Saya percaya kenyataan dan rancangan tersebut mengancam keselamatan negara dan ketenteraan awam, maka saya mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas.

Sekian

I/C 610429-08-6125

Selesai membuat lapuran Komentar dimaklumkan bahawa usaha untuk mengambil keterangan dari Ezam Mohd Noor telah dibuat oleh Polis. Begitu pantas sekali mereka bertindak sedangkan pihak pembangkang telah membuat berpuluh lapuran dan polis seolah-olah bisu dan kelu tidak mahu bertindak.

Komentar dimaklumkan petang tadi Sdr Mahfuz usaha untuk memanggil beliau juga dibuat oleh polis. Polis sebagai institusi yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat kini hanya menjaga kepenting beberapa pemimpin yang jelas menjatuhkan kreadibiliti mereka.

Rakan Polis, sedarlah, minda yang dikurniakan kepada anda semua boleh menilai yang mana buruk dan yang mana baik. Gunakan pemberian ALLAH SWT untuk tujuaan ini dan jangan buta dengan kekufuran mereka yang berpegang pada kuasa dan wang.

 

Sedarlah.