KOMENTAR

 

 

5hb Ogos 2000

Salam Reformasi

 

PERHIMPUNAN 4 OGOS 2000

 

Hari ini Komentar berserta para Reformis yang lain tetap hadir diperkarangan Mahkamah untuk memberi sokongan bagi kepimpinan yang dihadapkan dengan tuduhan bagi kes Arsenik dan Kes Harakah. Sungguhpun Laman Komentar menyiarkan pembatalan Keputusan Kes Anwar Ibrahim tetapi para reformis yang hadir jelas menunjukkan bahawa semangat REFORMASI itu masih ada dan boleh dijana ketahap yang lebih memberangsangkan.Tahniah REFORMIS. Dalam kita menghadirkan diri untuk memulakan kembali semangat REFORMASI, Polis DiRaja Mahathir juga sedang bersiap untuk berkonfrantasi dengan kita. Malah hari ini mungkin menjadi saksi bagaimana OCPD BAKRI memulakan gerakan untuk menangkap beberapa golongan reformasi hanya kerana menyebarkan risalah yang menerangkan NOTIS ALIBI Sdr Anwar Ibrahim. Tidak ada satu risalah yang mengajak kita menjalankan demonstrasi ganas atau berunsur provokatif. Apa yang sebenarnya berlaku ialah PENYATAAN EZAM MOHD NOR sendiri untuk meminta semua pendokong reformasi bersurai. OCPD BAKRI yang berada diseberang jalan telah menggunakan pembesar suara mengarahkan reformis bersurai. Sebelum kita sempat bersurai mereka (PDRMAHATHIR) telah membuat kejaran dengan niat menangkap. Mungkin quota mereka mahukan 7 orang untuk ditangkap bagi mengertak reformis dan mengharapkan reformis akan takut hadir pada hari keputusan perbicaraan. Ini tektik mereka. Mereka masih mahu menakutkan rakyat supaya mereka tidak menghadirkan diri untuk hari tersebut.

Jelas, mengikut beberapa PEMANTAU NGO , POLIS masih tidak bersikap mesra rakyat tetapi lebih bersikap penentangan. Sekali lagi mereka mengunakan khidmat GERAK KHAS yang tidak beruniform dalam gerakan menangkap mereka. Polis langsung tidak sedar bahawa rakyat mahukan demonstrasi aman dan tidak terlintas untuk mengunakan sebarang bentuk kekerasan.

 

Sungguhpun begitu GERAKAN REFORMASI RAKYAT serta anggota reformis semua akan TETAP MENUNGGU HARI KEPUTUSAN ANWAR.

 

KITA PASTI BERADA DISANA PADA HARI KEPUTUSAN PERBICARAAN SDR ANWAR IBRAHIM

 

Komentar