PILIHANRAYA ATAU JALANRAYA
 
Assalamualaikum
 
Baru-baru ini kita telah digempur oleh media-media Barisan Neraka (BN)
mengenai pepecahan parti Keadilan.  Walaupun Keadilan mempunyai beberapa
masalah - saya percaya ianya boleh diatasi, tidak seperti yang cuba
digambarkan oleh media.  Strategi media ini adalah untuk membuatkan
penyokong reformasi berasa tertipu dek pimpinan Keadilan dan putus harap.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah media kini terpaksa menerbitkan
berita-berita ini yang diputar belitkan kerana tidak mahu rakyat mengambil
tahu kesah Ketua Hakim Negara, kenyataan Dato Syafei mengenai Mahathir dan
Ali Abul Hassan, penangkapan 25 orang Islam didalam restoran The Ship dan
kenyataan susulan Dollah Badawi dan lain-lain lagi.
 
Buat makluman para pembaca sekelian, saya adalah salah seorang reformis yang
hadir didalam kebanyakkan reformasi jalanan yang diadakan semenjak DSAI
dipecat dari UMNO walaupun saya seorang ahli seumur hidup PAS.  Melihat akan
perjalanan pilihanraya bulan November 1999 dan pilihanraya kecil Sanggang
dan Teluk Kemang baru-baru ini - saya sebenarnya telah putus harap untuk
melihat pilihanraya satu proses bagi mengantikan parti yang memerintah yang
ada sekarang.  Semua kita tahu bagaimana jentera kerajaan disalah gunakan,
bagaimana wang ringgit rakyat digunakan bagi membeli undi, bagaimana rakyat
diugut dan dimana logiknya kotak-kotak undi hanya dibawa masuk pada pukul
11.00 malam. Itu tidak termasuk penipuan pengundi hantu dan nama-nama
pengundi yang ditukar atau hilang pada malam hari mengundi.
 
Apa yang saya perhatikan - kesemua yang kita lakukan melalui proses
undang-undang - repot Polis, kenyataan akhbar dan lain-lain - hanya menjadi
seperti anjing menyalak bukit.  Malah pihak parti memerintah terus manjadi
lebih kejam dan tidak segan silu lagi melanggar undang-undang negara
mengikut selera mereka. Dan sedih sekali mereka sekarang ingin membuang
perkataan Islam dari PAS dengan menggunakan strategi yang paling kotor.
Mereka kini sedang cuba untuk menjerat mufti-mufti negeri dengan memberikan
pihak mufti satu soalan mengenai hukum menggunakan perkataan Islam untuk
kepentingan sendiri.  Tentunya hukumnya disini TIDAK BOLEH - maka dengan
jatuhnya hukum (fatwa) tersebut - satu kertas putih akan disediakan untuk
Yang DiPertuan Agung luluskan bagi mengharamkan perkataan Islam didalam
parti PAS.  Maka ketika itu - adakah kita sebagai pendokong-pandokong
panji-panji Islam akan menentang Agung dan pihak mufti ?
 
Jika kita melihat sejarah - tidak ada seorang pun diktator didunia ini
tumbang melalui proses pilihanraya.  Kita hendaklah bertanya kepada diri
kita - adakah patut kita masih berharap kepada proses pilihanraya ?  Jangan
sampai anak-cucu kita esuk kencing diatas kubur kita sendiri kerana mamak
kutty seorang pun kita tak boleh lawan wahal kita semua tahu apa yang
berlaku sekarang ini adalah satu kezaliman.
 
APAKAH DARAH JEBAT TIDAK MENGALIR DI DALAM TUBUH MELAYU ?  PEMIMPIN ADIL
PEMIMPIN DI TAATI - PEMIMPIN ZALIM PEMIMPIN DI SANGGAH !!!!!!
 
 
Melayu Pahang