GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA(GKPM)
Pesta Maksiat Di Dataran Merdeka
 
 
Pada hari selasa 17 oktober jam 9.00 malam satu konsert bertempat di Dataran
Merdeka telah diadakan yang melibatkan berberapa orang artis dangdut.Antara
artis yang terlibat adalah seorang artis baru anie johana,sheeda dan leina
hangat.
 
Konsert tersebut diadakan untuk meraikan karnival F1 Sepang yang dianjurkan oleh
TV3 dan anjuran bersama Kementerian Belia Dan Sukan.Apa yang menyedihkan adalah
cara konsert tersebut di adakan yang secara terang-terangan menghina bulan
beribadat(bulan Rejab)
 
Penampilan artis pada malam tersebut amat memalukan apabila salah seorang artis
tersebut iaitu Leina Hangat memakai seluar hitam ketat yang jelas menampakkan
bentuk tubuh serta memakai over coat yang sengaja di butangkan di bahagian pusat
yang mendedahkan bahagian dada untuk menayang baju dalamnya berwarna hitam dan
secara langsung penonton dapat melihat secara jelas buah dadanya yang hanya
ditutupi baju dalam.
 
penampilan artis lain juga agak keterlaluan seperti sheeda yang berpakaian baju
dan seluar ketat serta membuat aksi-aksi yang mengghairahkan di atas pentas.
Sikap pengacara konsert ini iaitu aidiel gafar yang meminta penonton naik pentas
lalu menyuruh mereka menjerit seperti Tarzan semata-mata untuk memberikan hadiah
jelas menunjukan sifat tidak bertamadun.
 
Apa yang amat mengecewakan bagaimana Kementerian Belia Dan Sukan boleh terlibat
dalam penganjuran konsert ini. kementerian yang di naungi oleh
hishammuddin@shima ini seharusnya menunjukan contoh yang baik kepada belia
bukanya lebih merosakkan mereka.Dengan ini jelas bahawa hishammuddin@shima ini
tidak layak menjadi Menteri Belia Dan Sukan dan hanya layak menjadi Menteri
Perosak Belia.Malam konsert tersebut telah juga bertukar kepada malam pesta
dangdut apabila berberapa pemuda dan pelajar sekolah turut naik ke pentas untuk
bergelek sama dengan artis perlakuan mereka amat memalukan.mungkin belia jenis
ini yang ingin di hasilkan oleh kementerian belia dan sukan.
 
Venue konsert ini di adakan juga memang bersesuaian kerana ia berhadapan dengan
mahkamah tinggi dan juga Bukit Aman.Mungkin untuk meraikan kejatuhan institusi
mahkamah di malaysia dan juga menjamu mata anggota polis di Bukit Aman yang
telah bekerja keras selama ini untuk membelasah para reformis.Mungkin Ini adalah
salah satu bentuk Ganjaran kepada Mereka.
 
Kami mencabar agar HISHAMMUDIN TUN HUSIN ONN meletak jawatan kerana beliau tidak
layak memimpin Kementerian Belia Dan Sukan kerana beliau lebih kepada merosakkan
belia dan memundurkan sukan negara(contoh olimpik)Adalah satu pembaziran
membayar gaji kepada beliau sebagai menteri kerana beliau adalah agen perosak
hanya patut di sembur dengan racun serangga.Beliau juga terkenal dengan sifat
penakutnya dan tidak layak memimpin belia
 
 
GABUNGAN KUASA PELAJAR MALAYSIA(GKPM)
students_power@freeanwar.com