SURAT UNTUK MT UMNO DAN MAHATHIR

 

8hb Disember 2000 Utusan menunjukkan kekecohan yang berlaku dalam Pemuda Umno, seperti yang kita ketahui Utusan Malaysia merupakan media suruhan Mahathir, kalau Utusan Malaysia berani memaparkan kekecohan semasa sidang akbar tersebut bermakna ada 2 kemungkinan yang nyata :-

 

Pertama : Mahathir memang ingin menunjukkan kepada taksub Mahathir tentang pertelingkahan dalam Pemuda Umno dan dengan sendirinya khabar angin yang ingin meletakKan budak suruhannya Khir Toyo atau salah seorang anaknya untuk menerajui Pemuda Umno menjadi kenyataan. Dengan sendirinya Mahathir mempunyai justifikasi untuk menjayakan rancangan demi menjaga kepentingan diri dan kroninya. Sebagaimana dia membawa Azalina Othman dalam MT dan menubuhkan Puteri Umno dengan niat sekiranya Rafidah Aziz tidak dapat dipertahankan lagi, Mahathir akan membiarkanya seperti ex-MB Selangor Abu Hassan Omar.

 

Kedua : Memang Utusan Malaysia dan Zainuddin Maidin telah melakukan kesilapan dengan meletakan percanggahan antara Aziz  Sheikh Fadzir dan Hishamuddin 'In the Front Page' akbar tersebut.

 

Berdasarkan pengamatan saya dan kelicikan Mahathir  dalam memanipulasi dan merealisasikan rancangannya kemungkinan pertama lebih meyakinkan. Tapi beliau mungkin alpa bahwa dalam situasi dimana ahli Umno yang taksub akan dirinya semangkin berkurang dari semasa ke semasa adalah lebih baik beliau berundur dari kerusi yang semakin panas itu.

 

Hishamuddin, Aziz, Azalina dan para kepimpinan Umno lainnya cukuplah kebodohan yang kalian tunjukkan selama ini telah sampai masanya untuk anda melakukan undi tidak percaya kepada Mahathir. Kerana indikasi yang Mahathir tunjukan selama ini sudah terlalu banyak dari kes Anwar Ibrahim, Megat Junit, Sanusi Junit dan berbagai kes lainnya hingga Abu Hassan Omar. Sedarlah yang kalian cuma algojo apabila anda tidak diperlukan lagi anda semua akan dibuang seperti sampah.

 

Untuk Mahathir saya rasa sudah sampai masanya untuk berundur terlalu banyak kerosakan yang anda lakukan. Ketidak-beraniaan saudara untuk ke Mahkamah dan kenyataan anda terhadap DSAI yang beliau mencederakan diri untuk meraih simpati hingga isu EKTRIMIS CINA telah menunjukan betapa tuanya saudara. Kalau sebelum ini Majlis Raja-raja memandang sebelah mata atas apa yang kamu lakukan tapi setelah pelantikan 'Chief Justice' baru lampu hijau terhadap sokongan majlis diraja terhadap anda sudah pudar.

 

Mokhtar Abdullah, Eusoff Chin rancanglah 'next trip'  bawalah sekali Agustin Paul, Ghani Patail dan Geng kerana apa yang telah kamu lakukan selama ini tidak akan kami lupakan. Tapi kamu semua jangan bermimpi disiang hari, hingga kelubang cacingpun pertanggung jawapan anda kami tuntut.

 

Untuk para wira kami Sdr Mahfuz, Salehudin dan Pak Amjal tabik hormat untuk anda, perjuangan mesti diteruskan, semoga allah mencucuri rahmat dan kurnia kepada kalian.

 

 

 

a@2000