KOMENTAR

 

Salam Reformasi

 

BPR YANG LENA DALAM KES PERWAJA GROUP

 

Dimaklumkan bahawa BPR hanya akan menyiasat kemana perginya wang berjumlah RM 76,433,134.14 dalam kes kerugian Perwaja Group. Apa yang pasti ialah BPR leka dan lena dalam menyiasat keseluruhan kehilangan wang serta unsur-unsur peyelewengan dalam syarikat.

Terlampau banyak lagi peyelewengan yang gagal diselongkar oleh BPR atau kemungkinan tidak mahu di selongkar oleh mereka.

Komentar dalam lapuran Perwaja kali ini menggesa agar BPR bangun dari kelekaannya dan bertindak bersih dalam menyelesaikan masalah ini.

Lihat sahaja dalam pemberian kontrak kepada Dato Kok Mew Shoon yang bernilai hampir RM 242,000,000.00 melalui syarikatnya FDN, RIMO JAYA,MAN SHOON ENT, MAN SHOON PROP dan JASUHO. Lihat pila Ng KIM LIM yang mendapat jumlah kontrak RM 208,000,000.00 melalui Syarikatnya Mat Sinar S/B, Setia Ramal, dan Senaju.

 

Kesemua Syarikat Dato Kok Mew Shoon dan Ng Kim Lim beralamat di Lot 10, Jalan Pelabur 23/1 Section 23, 4000 Shah Alam.

 

Nilai Kontrak keseluruhan adalah RM 450,000,000.00 juta.

 

Lagi menghairankan jumlah pembayaran kepada syarikat ini adalah 933,000,000.00 juta dengan perbezaan sebanyak RM 507,000,000.00. Mungkin Ketua Pengarah BPR akan mengambil tindakan apabila kelihatan kucing di Malaysia bertanduk.

 

Jelas disini kita melihat HILANGNYA WANG RAKYAT DIRAMPAS OLEH MEREKA YANG KORUP.

 

Komentar menyediakan scan dokumen bagi menunjukkan kesahihan perkara ini. Sumber diperolehi dari Price Waterhouse.

 

Voucher Pembayaran

 

Arahan bayaran Eric Chia kepada BBMB

 

Senarai Director dan pemegang saham

Salinan kedua Senarai Direktor dan pemegang saham

 

Pembayaran kepada Man Shoon Group of Companies.

 

Satu lagi scan dokument adalah pembayaran berjumlah 15 juta yang dokumen sahih nya tidak dikemukakan kepada auditor Price WaterHouse.(Scan dokumen klik sini) Apa jenis pentadbiran yang membayar 15 juta dengan dokumen asal tidak dapat diperolehi.

 

Siasat BPR jangan sampai kamu pula kita siasat.