PKN PERLU MANTAP

 

Pilihanraya sudah hampir tiba. Tanda tanda awal semakin jelas kelihatan. Usaha perlu ditingkatkan agar kegagalan tidak menghantui kita nanti. Pengorbanan ini akan menjadi sia sia sekiranya usaha kita dalam menghadapi pilihanraya tidak ditingkatkan lantas kekalahan menjadi teman menangis kita. Usaha yang ditingkatkan dan komitment menyeluruh dalam memulakan kempen pilihanraya akan membuahkan kejayaan kerana setakat ini sokongan padu rakyat Malaysia terhadap PKN amat mengalakkan. Kita tidak mahu tewas kerana kesilapan teknikal dan sabotaj-sabotaj yang tidak beretika oleh pihak lawan. Kita tidak mahu PKN lumpuh sebelum perjuangan bermula. Kita tidak ingin melihat rakyat yang menyokong PKN hampa kerana pengerak PKN leka dan tidak memberi tumpuan menyeluruh dalam mengejar cita cita dan inspirasi rakyat. PKN tidak boleh bergantung kepada beberapa kerat mereka yang komited kerana keperluan jentera pengerak pilihanraya amat tinggi. Bagaimanakah persiapan PKN menghadapi pilihanraya kalau dilihat secara kasar oleh kami dari luar?

YANG PIPIH TIDAK DATANG MELAYANG YANG BULAT TIDAK DATANG MENGOLEK

Kalau usaha telah dikatakan teras kejayaan tidak akan mungkin Datin Seri Dr Wan Azizah, Sdr Ruslan Kassim, Ezam, Saifuddin, Tian, Malik dan rakan rakan ternama dalam pengerak Reformasi akan tewas. Walau bagaimana pun dalam politik usaha harus dipadukan dengan perancangan-perancangan strategi politik dan bukan akedemik. Memang sunggup akedemik merupakan asas kepimpinan tetapi dalam politik ianya perlu mereka yang lebih dari ahnya ada krateria akedemik. Politik merangkaumi semua teknik baik beretika atau tidak beretika, "morally wrong" atau " legally right" dan memerlukan kekuatan "grass route" dan bukan "standard conscious type of leadership".Apakah pemimpin PKN selain dari mereka yang terbabit secara "direct conflict" bersedia mengorbankan masa dan harta mereka demi melihat kejayaan menyeluruh bagi PKN? Kederat perlu tumpah dan masa perlu dikorbankan demi kejayaan. Kita tidak boleh mengharapkan segelintir mereka sahaja untuk memulakan usaha bagi menyedarkan rakyat tentang kepincangan sistem pemerintahan sekarang ini. Kita tidak boleh bergantung kepada Dr Wan AZIZAH dan rakan yang menyertai "road show" untuk menjayakan PKN. Infrastruktur PKN perlu lebih mantap dan mereka yang diberi kepercayaan untuk memantapkan PKN perlu berkerja lebih aggresif lagi. Para pentadbir dalam PKN perlu bersikap lebih aggresif dan tidak hanya menunggu dan mengharapkan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang mengolek. Para Pentadbir PKN harus mula meringinkan mulut untuk meminta dan mengenalpasti kalangan ahli yang mampu memantapkan sistem dan jentera PKN.Mereka harus memulakan usaha bagi mula menghadapi tuntutan pilihanraya dan menyiapkan jentera pilihanraya secara "total". Mereka HARUS BERTINDAK SEKARANG.

BENARKAH PENTADBIR PKN TIDAK BERFIKIRAN POLITIK

Pentadbir PKN harus mengabungkan dua bentuk pentadbiran yakni "political thought" dan "administrative thought" dalam menwujudkan satu keperluan asas dalam membentuk parti yang berjaya. Sikap kepimpinan lemah dan leka akan mengagalkan usaha Dr Wan Azizah dalam menjayakan perancangan parti. Pentadbir perlu aggresif dan tidak duduk dibelakang meja menyiapkan manifesto yang berupa karangan inspirasi dan bukan realiti. Tuntutan politik jauh lebih berat dari hanya menyelia satu pertubuhan NGO. Penyeliaan dan pentadbiran politik memerlukan komitment dan perancangan sebelum sesuatu tindakan dilaksanakan. Perancangan ini harus dilaksankan cepat kerana usia PKN yang baru dan kemunculan pilihanraya yang akan datang. Sikap aggresif perlu dan sikap ini harus ada dalam pentadbir PKN kerana kita tidak punya banyak waktu. Tidak sepatutnya artikel ini mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang bukti kelemahan pentadbir yang sekarang ini wujud.

 

POLITICAL THOUGHT

 

Pentadbir PKN memerlukan kedua dua "school of thought" dalam memastikan kejayaan dalam PKN. Pemikiran sebagai ahli politik mengkehendakkan pentadbir PKN memastikan bahawa semua ahli PKN selesa berada dalam parti dan rintihan mereka didengari. Pentadbir harus memulakan usaha sebagai wakil rakyat dan memberi penerangan secara komprehensif dalam meraih sokongan. Mereka harus tampil kehadapan dan bukan hanya bayang kepada pendokong reformasi yang bangkit menentang kerajan secara terbuka. Mereka harus prihatin kepada pendokong yang tertangkap dan menunjukkan kesediaan parti tersebut membantu biar bantuan tersebut terhad. Pentadbir perlu bertindak sebagai ahli politik dan bukan hanya pentadbir koporat. Usaha mereka sebagai wakil kepada rakyat semestinya telah dipertonjolkan dalam mengerakkan PKN sebagai parti milik rakyat dan bukan parti yang sama dengan UMNO.

Dalam memikirkan soal pilihanraya, propoganda pilihanraya, jentera kempen dan tindakan susulan menghadapi perkara perka sebelum , sedang dan selepas pilihanraya pentadbir PKN harus juga mempunyai kredibiliti kukuh dari segi pentadbiran parti. Kelewatan bertindak dalam mengadakan jentera pentadbiran akan merugikan.

 

PENTADBIRAN

 

Tahap kepimpinan dari segi pentadbiran harus kukuh dan mantap. Jentera yang mengendalikan pejabat PKN harus lebih aggresif dari yang ada sekarang ini. Semua data ahli diperingkat bahagian perlu dikemaskini dengan teliti dan pendaftaran ahli serta kad kad ahli disegerakan. Pendaftaran Bahagian dan cawangan setakat ini masih kelam kabut dan ini melengahkan perkembangan PKN. Pentadbir PKN harus bertindak mengadakan sayap sayap nya yang lebih mantap dari yang ada sekarang ini. Ambil contoh perlancaran PKN peringkat Selangor yang tidak tersusun malah gerakkan demonstrasi jalan jauh lebih baik dari perancangan dari Majlis Pelancaran PKN Selangor.

PKN harus mengenalpasti Setiausaha PKN peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan. Peranan Setiausaha harus lebih kental dari hanya menjalankan aktiviti pendaftaran ahli. Setiausaha Negeri harus memastikan Setiausaha Bahagian menjalankan semua aktiviti dalam usaha meraih sokongan dan Setiausaha Bahagian harus bertindak sama dengan Setiausaha Cawangan. Kelancaran penyebaran maklumat dalam parti harus diperbaiki dan setakat ini penyebaran maklumat antara parti jauh dari tahad yang dibanggakan. Tidak satu Bahagian pun dalam PKN yang menitik beratkan "informative center". Perjalanan maklumat adakalanya "distort" dan ini amat merbahaya kerana kesalahan maklumat akan mengagalkan perancangan dan kegagalan perancangan akan mengagalkan cita cita.

 

Banyak lagi pembaharuan dan permantapan sistem perlu diadakan dan setakat ini kami masih lagi menjadi pengkritik utama demi pembangunan parti. Maaf ini semua dilakukan demi kami mahukan kejayaan PKN.