KOMENTAR
20.08.00
Salam Reformasi
Tiba-tiba Rais Yatim bisu. Rongga mulutnya yang dahulu hebat menentang DEMONSTRASI JALANAN dan menuduh ini satu perbuatan menghasut dan sebersif terkelu lidah melihat pameran lawak PEMUDA UMNO sendiri menjerit-jerit melaungkan slogan-slogan anti kaum Cina. Bukankah ini perbuatan menghasut. Kalau benar Akta Keselamatan Dalam Negar perlu inilah peluangnya untuk menangkap mereka yang telibat dalam mengugat keselamatan dalam negara. Rais Yatim kelu lagi. Bisu tanpa kata. Apakah ini dia orang yang konon berpegang pada perundangan dan melaksanakan tugas mengikut peruntukkan perundangan Malaysia yang berdaulat.
Rais bisu lagi. Kelak ia akan bersuara untuk terus
menyokong perbuatan lawak Pemuda UMNO Malaysia. Kesian Aziz Sheikh Fadzil yang
terus menjadi bahan ketawa kita orang Melayu. Kononnya mahu memperjuangkan hak
keistimewaan Melayu, kononnya menjadi pemangkin kaum melayu, kononnya akan
bermatian mempertahankan melayu, tetapi yang jelas melayu langsung memberi
sambutan pada agenda mereka. Hanya beberapa kerat Pemuda UMNO yang ghairah
menjerit tetapi tidak langsung tahu apakah agenda disebaliknya.
Apapun Rais Yatim tetap bisu. Mulut bisu, hati kelu
dan minda beku. Yang jelas tidak kelihatan baginya. Inilah dia Melayu yang
terkena jangkitan Mahathirisma.
Perjuangkan sahaja Mahathir dan jangan sebut-sebut
sebagai memperjuangkan hak melayu kerana jelas ini hanya mainan politik.
Bukan begitu Rais Yatim.
Ingat…………Kalau mencari tempatnya mandi,
Pertama
teluk kemudiannya pantai,
Kalau
mencari pemimpin negeri,
Pertama
elok keduanya pandai.
Tetapi yang kita ada,
Kalau
mencari pemimpin negeri,
Pertama
elok kedua pandai,
Nah…
yang ada kita semua ngeri,
Dahlah
tak elok sumbang perangai…
KOMENTAR