LAPORAN PROGRAM JELAJAH PERAK
“GERAKAN MENGHUKUM MAHATHIR”
Anjuran Pemuda KeADILan Malaysia
 
Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia seorang yang pernah berjawatan
tinggi dalam institusi kerajaan berani membuat pendedahan yang luar biasa
berhubung dengan penyalahgunaan kuasa pimpinan kerajaan yang masih memerintah. 
Pendedahan yang telah dibuat oleh Dato’ Shafie Yahya, Bekas Ketua Pengarah BPR
dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12hb Jun, 2000 berhubung dengan tindakan
Dr. Mahathir melindungi pelaku perasuah jelas mengegarkan persada politik
tanahair.  Menurut keterangan Dato’ Shafie, Dr Mahathir telah memanggil beliau
ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 1998 dan memarahi beliau
kerana mengeladah Pejabat Datuk Ali Abul Hasan, Ketua Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri dan menjumpai wang sebanyak RM 100,000.  Menurut beliau
Dr. Mahathir telah meminta agar siasatan tersebut dihentikan serta-merta.
 
Tindakan Dr. Mahathir menyalahgunakan kuasanya, melindungi perasuah serta
menghalang perjalanan proses keadilan jelas merupakan satu kesalahan mengikut
Ordinan 22 Akta Darurat 1960 dan Akta Pencegah Rasuah 1997.  Malangnya tidak
secebispun pendedahan ini dilaporkan oleh media utama yang dikuasai beliau.
 
Sehubungan dengan itu, dengan penuh keinsafan Pemuda KeADILan Malaysia telah
melancarkan “Gerakan Menghukum Mahathir” pada 25hb Jun, 2000 dengan dua teras
aktiviti utama iaitu membuat laporan polis beramai-ramai dan mengedarkan
sebanyak Sejuta salinan Laporan Polis Dato’ Seri Anwar Ibrahim keseluruh pelusuk
tanahair.  Hanya dengan cara ini, maklumat tentang penyalahgunaan kuasa Dr.
Mahathir ini dapat disampaikan kepada umum.
 
Sebanyak 310 orang telah membuat laporan polis pertama berhubung isu ini di
Balai Polis Dang Wangi pada 25hb Jun, 2000 dan 50,000 salinan laporan polis DSAI
telah diedarkan pada hari tersebut.
 
Pada hari ini Selasa, 27hb Jun, 2000, Sdr Ezam Mohd Nor telah mengorak langkah
ke utara untuk meneruskan usaha yang sama diiringi oleh beberapa orang Exco
kanan.  Berikut adalah aturcara perjalanan kami hari ini:-
 
1.00 petang        -        Berkumpul di rumah Sdr Ezam Mohd Noor
 
1.30 petang        -        Bertolak ke Tanjong Malim
 
2.30 petang        -        Operasi Mengedarkan Laporan Polis DSAI di Pekan Tanjong
Malim
 
3.30 petang         -        Operasi Mengedarkan Laporan Polis DSAI di Slim River
 
4.10 petang         -        Operasi Mengedarkan Laporan Polis DSAI di Bidor
 
 
5.30 petang        -        Operasi Mengedarkan Laporan Polis DSAI di Pekan Teluk
Intan
 
6.40 petang        -        Operasi Mengedarkan Laporan Polis DSAI di Pasar Malam Kg.
Bahagia
 
7.30 malam        -        Solat Maghrib dan sessi penerangan ringkas oleh Sdr Ezam
kepada penduduk Kampar.
 
9.00 malam        -        Operasi Mengedarkan Laporan Polis DSAI di Pasar Malam
Taman Jati, Ipoh
 
9.30 malam         -        Pertemuan Tertutup dengan Badan Perhubungan, Pemuda dan
Wanita  Negeri Perak
 
Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sepanjang perjalanan kami amat
mengalakkan.  Boleh dikatakan 8 dari 10 risalah yang diedarkan dibaca oleh
penerimanya.  InsyaAllah jika diizinkan Allah, esok saya akan melaporkan
perkembangan terkini Program Jelajah Semenanjung “Gerakan Menghukum Mahathir”.
 
“PEMUDA PEMANGKIN GERAKAN REFORMASI”
 
LOKMAN ADAM
Exco Pergerakan Pemuda KeADILan Malaysia