PERCUBAAN MEMBUNUH KALI TERAKHIR?
Tulisan 1
Penulis Misteri

Tangkapan ISA kali ini diharapkan dapat menjadi pembunuh bagi perjungan reformasi yang berjaya menjana kekuatan serta dokongan dikalangan rakyat. Ini pasti menjadi suatu ancaman buat kerajaan yang takut akan kekotoran dan kejijikkan perlakuan mereka terbongkar.

Akibat tekanan dan hilangnya pedoman maka Ketua Polis Negara sekali lagi digesa untuk bertindak menyelamatkan Dr Mahathir dari terus diancam kebangkitan reformasi.

Tangkapan ISA dibuat. Impak tangkapan ini mewujudkan ketakutan dan kecurigaan dikalangan pendokong reformasi sungguhpun semangat sokongan mereka tidak akan luntur. Mereka tahu akan kezaliman ISA dan sedar akan perlakuan kejam polis atas mereka yang telah ditangkap dibawah akta ISA.

Tidak salah kalau mereka agar gusar dengan senario penangkapan yang dilakukan baru-baru ini. Sungguhpun begitu apa yang jelas kelihatan ialah penangkapan itu TIDAK AKAN BERJAYA mengurangkan sokongan keatas tuntutan reformasi malah menguatkan lagi keazaman kita untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang ini kepada kerajaan yang lebih adil dan saksama. Penangkapan itu hanya menunjukkan betapa pincangnya pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan betapa terdesaknya UMNO khasnya.

Penangkapan yang dijangka menjadi pembunuh terakhir tuntutan reformasi kini menjadi virus kepada UMNO. Semakin ramai yang menjauhi UMNO dan semakin ramai yang sedar betapa kejamnya pemerintahan Dr Mahathir dan betapa musibatnya penyokong Dr Mahathir yang tidak langsung sedar bahawa Dr Mahathir akan menjadi pembunuh utama UMNO.

Sedarlah pendokong UMNO, bahawa niat pembunuhan keatas tuntutan reformasi hanya akan menjana kekuatan bagi reformasi dan pasti kekuatan ini akan menyebabkan kematian UMNO sedikit masa nanti.

Penulis Misteri