KOMENTAR

 

25.07.2000

 

SALAM REFORMASI,

 

4 OGOS 2000

 

KETUA PENERANGAN UMNO MAHU SEMUA JENTERA PENERANGAN BERGERAK.

 

Komentar sempat mendengar Berita Arus Pedana Menteri yang mana Ketua Penerangan UMNO mahukan semua jentera penerangan UMNO membuat penerangan mengenai isu Sauk dan pemecahan dikalangan Melayu sendiri. Ketua Penerangan UMNO tersebut mahu mengambil langkah tersebut kerana bagi beliau sokongan kepada UMNO sudah berkurangan dan UMNO sendiri sudah mula rapuh.

 

Komentar menjangkakan bahawa Ketua Penerangan UMNO dalam strategi penerangannya tidak akan menyentuh isu Sdr Anwar Ibrahim kerana JELAS jentera penerangan UMNO sendiri diperingkat akar umbi menghadapi kesukaran dalam membicarakan keadilan buat Sdr Anwar Ibrahim. Jentera UMNO sendiri sekiranya dihadapkan dengan isu Anwar Ibrahim akan menjawab bahawa mereka juga bersimpati dalam kes ini dan beberapa langkah sedang diambil untuk memperbaiki keadaan dengan menggesa Mahathir untuk turun dan meletakkan jawatan. Mereka amat sukar sekiranya isu Sdr Anwar Ibrahim diambil sebagai contoh kekejaman pentadbiran UMNO yang diterajui oleh Mahathir. Sungguhpun dari pengamatan Komentar mereka masih bersama UMNO tetapi hakikatnya kewibawaan UMNO sudah tercalar dan penerimaan mereka keatas Perdana Menteri mereka selaku Presiden UMNO sudah tiada.

 

UMNO sendiri berpecah. Kepimpinan UMNO sedar kemungkaran Presiden mereka dalam isu Anwar Ibrahim. Bagi kami dari golongan pembangkang sedih kerana mereka sedar tetapi mereka masih menyokong Mahathir. Secara langsung atau tidak mereka turut terlibat dalam kezaliman yang diperlakukan keatas Anwar Ibrahim.

 

UMNO rapuh dan diambang kehancuran.

 

Komentar