Pendedahan Mufti Wilayah Mengenai Mahathir Di Putra Jaya Mahathir Tidak Lena Malam

PUTRA JAYA, KUALA LUMPUR 21 FEB 2001- Memang sudah ditakdirkan tinggal dirumah yang serba hebat dan indah dikelilingi panorama tasik ciptaan manusia. Begitu gah sekali dengan keajaiban pemandangannya. Namun siapa yang tahu penghuni di dalamnya sedang bergelut dengan sejenis penyakit yang tidak dapat tidur malam.

Bagi yang tinggal berdekatan dengan Putra Jaya , anda akan dapat saksikan bahawa pada setiap malam Jumaat akan terdapat berderet kereta memasuki Putra Jaya bagi membaca surah Yassin di malam Jumaat. Ini terjadi berikutan adanya berita di mana Keling Mahathir telah mengarahkan seluruh Mufti negeri bagi membaca Yassin secara bergilir. Keling Mahathir Mohammad tidak dapat lena di malam hari memikirkan akan nasib beliau dan anak-anaknya.

Diketika beliau bersama Anwar suatu ketika dahulu, iaitu dizaman kegemilangan Mahathir-Anwar, beliau pastinya tidur nyenyak kerana tidak ada masaalah seperti sekarang. Bayangan Anwar dan kesilapan yang dilakukannya, yang bukan sahaja melibat soal dalaman negara, malahan isu Anwar menyebabkan beliau dipandang sinis di kalangan masyarakat dunia. Dilema Mahantir.

Berita ini digembar-gemburkan oleh orang ramai apabila ada penghuni di kawasan sekitar menyaksikan betapa sejak akhir-akhir ini, malahan di setiap malam Jumaat ada kereta Mufti dari setiap negeri memasuki Putra Jaya. Khabar angin juga bertiup kencang apabila Datuk Hashim Yahya, Mufti Wilayah telah secara sedar atau tidak telah menceritakan keadaan ini kepada sahabatnya selepas sembahyang di Masjid Negara , malahan ada juga terjadi peristiwa apabila beliau bergegas untuk pulang ke Putara Jaya keesokannya kerana menerima arahan Mahathir.

"Saya terpaksa pulang segera ke Kuala Lumpur, Mahathir tidak boleh lena malam, malah kepanasan", demikian keluh Mufti berkenaan.

Jika inilah terjadi , maka jelaslah pembalasan Tuhan bukan dengan tiba-tiba, malahan ianya mula dirasai Mahathir. Rakyat tidak menghalalkan duit ringgit mereka digunakan kearah yang tidak betul sama sekali. Bayangkan bagaimana keluhan setinggan dan rakyat marhaen di kawasan peneroka kelapa sawit dan getah. Apakah mereka menghalalkan wang mereka digunakan walau pun satu sen hanya untuk kediaman seorang perdana Menteri??? Fikirkanlah Mahathir.