Presiden PBPM atau Persatuan Bekas Polis Malaysia En Mansor Md Jaafar hari ini meminta SUHAKAM menghentikan tindakan memanggil anggota polis bagi membantu siasatan awamnya. Beliau berkata tindakan ini akan meletakkan polis dalam keadaan "bersalah" dan dipandang serong masyarakat ekoran tindakannya menyuraikan perhimpunan haram.

Beliau turut menjelaskan apa yang jelas adalah perserta perhimpunan haram di Klang jelas melanggar undang-undang dan mungkin mereka bertindak keras yang menyebabkan segelintir polis bertindak serupa untuk menjaga keselamatan awam.

KOMENTAR dalam membidas Mansor Md Jaafar mahu mengatakan bahawa polis Malaysia yang bertindak zalim dan kejam tidak boleh terlepas dari tindakan jenayah. SUHAKAM harus di benarkan menyiasat kerana agar mengelirukan sekiranya penyiasatan di buat oleh polis atas tuduhan kezaliman polis. En Mansor Md Jaafar dalam mengatakan bahawa negara lain tidak melakukan apa yang dilakukan oleh SUHAKAM. Komentar juga ingin mengatakan pada En Mansor Md Jaafar "dimana mereka bila Sdr Anwar Ibrahim di lanyak oleh Ketua Polis Negara. Mereka diam dan terus bersenkongkol dengan kezaliman ini. Apakah ini rasional dalam kita mengatakan tentang keadilan. Apakah perkara yang dilakukan oleh Tan Sri Rahim Noor tidak meletakkan Polis dalam keadaan yang hilang berwibawa.

En Mansor Md Jaafar harus sedar kezaliman harus di tentang lebih-lebih lagi ianya dilakukan oleh mereka yang telah diamanahkan untuk menjadi penguatkuasa undang-undang.

Komentar minta En Mansor Md Jaafar jangan jadi buta kepada ketidakadilan dan kezaliman dalam negara kita ini. Andai mereka hadir dalam perhimpunan tersebut mereka mempunyai hak di bawah perlembagaan negara kita ini. Andai mereka di katakan bersalah maka mahkamah adalah penentu hukuman sungguhpun di zaman Malaysia Mahathir Mahkamah turut di ragui.

Polis bertindak ZALIM dan tidak dapat dinafikan sekiranya ini berterusan maka Polis kita akan terus di selar dan di ragui kreadibilitinya.

 

Komentar