KOMENTAR

Komentar

06.05.00

 

Hari Pertabalan Mahafiraun akan terlaksana pada perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi. Hari inilah rakyat UMNO akan sekali lagi bertemu lalu sujud pada Mahafiraun dan menyairkan pujangga-pujangga indah bagi memuji kebesaran Raja beliau. Kita akan menyaksikan rakyat melayu kita sujud dan akur pada pemerintah yang terzalim  pernah lahir di Malaysia. Hari itu mengesahkan bahawa agama, keadilan, kebenaran, budaya indah melayu dilucutkan demi kerana harta, pangkat dan kebaculan. Mereka akur kepada tindakan Ketua mereka yang memperalatkan segala sistem dalam negara kita ini. Mereka akur kepada perbuatan jijik dan jahat ketua mereka sedangkan mereka tahu tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan oleh ketua mereka menyalahi hukum agama. Ada antara mereka bersetuju bahawa tindakan keatas Sdr Anwar Ibrahim zalim dan percaya tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata tetapi bacul untuk mempertahankan dan menyuarakan kebenaran. Tindakan bacul ini tidak menyempurnakan mereka sebagai pemimpin melayu tetapi lebih menyempurnakan mereka sebagai pengkhianat Agama dan Bangsa. Maruah agama dan bangsa digadai kerana takut menentang Ketua mereka walaupun mereka tahu Ketua mereka telah melencung kearah menjahanamkan bangsa.

 

Rakyat yang masih sedar dan celik, kita tolak perbuatan mereka yang mengagungkan pemimpin zalim itu. Penabalan ini menunjukkan dengan lebih jelas bahawa segelintir mereka ini lebih penting dari seluruh rakyat Malaysia. Kita harus bersatu dan menentang mereka yang jelas korup dan hidup senang lenang hasil keringat dan tenaga rakyat. Mereka jelas menunggah seluruh harta negara untuk diri dan kroni mereka. Rakyat Malaysia semua SEDARLAH ini suatu pengkhianatan pada kemerdekaan negara , agama dan bangsa.

 

Komentar