Oleh Pena Suasa

 

Anggota Polis Mesti Ingat Jasa Dato’ Seri Anwar

 

SEORANG anggota polis berpangkat sarjan mejar cedera di telinga kanan terkena balingan batu ketika menyuraikan perhimpunan di depan HSBC Jalan Benteng dekat Kuala Lumpur mendapat liputan hebat di media massa pro pemerintah.

Sarjan mejar itu, Ketua Cawangan Kereta Peronda Polis Daerah Dang Wangi, Ramlan Din, 43 membuat laporan polis ekoran kecederaan itu.

Bagaimana pun, orang yang disyaki membaling batu ke arahnya tidak dapat ditangkap kerana melarikan diri.

Bila polis cedera, heboh satu negara, heboh satu dunia. Bila tahanan polis cedera, malahan mati pun ada, masing-masing buat tidak tahu, sampai ada yang sanggup menyembunyikan fakta sebenar.

Polis Malaysia hari ini sudah tidak lagi bermaruah. Mereka sibuk dengan rasuah, mereka sibuk dengan kerja mahu membelasah orang-orang tahanan.

Ada seorang dua yang berbudi pekerti, tetapi sebahagian besar adalah anjing kepada pemerintah, suka menyalak dan mengigit sesiapa sahaja yang disyaki tidak mengampu kerajaan.

Menurut ceritanya, Sarjan Mejar Ramlan mahu menyuraikan perhimpuna secara baik tetapi dibaling dengan batu. Tapi, pernah Sarjan Mejar Ramlan dan anggota polis yang lain terfikir bahawa ketika mereka memukul orang tahanan tiada langsung belas kasihan?

Naib Presiden keADILan, Tian Chua dibelasah dengan teruk dan salah seorang samseng polis itu bertopeng. Inilah polis Malaysia, polis yang pengecut, perasuah dan samseng jalanan. Hanya memukul orang bila digari tangan mereka, bila dikurung dalam lokap dan bila mereka ramai.

Demi Allah, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah semoga orang-orang ini, anggota polis ini diberikan balasan setimpal oleh Allah SWT di atas kezalimannya.

Polis Malaysia adalah polis bacul. Polis Malaysia adalah polis yang makan hasil haram. Polis Malaysia adalah polis penyamun berlesen. Mereka akan menjadi berani bila bertopeng dan memukul orang yang memang diketahui tidak boleh melawan.

Turunlah ke gelanggang seorang lawan seorang. Usah tunjuk samseng, usah tunjuk hebat. Usah hanya berani makan rasuah di tepi-tepi kereta peronda tetapi berhadapanlah dengan kenyataan dan suara keramat rakyat.

Hentikan sandiwara. Hentikan menjadi alat kepada pemerintah yang zalim. Hentikan lakonan yang menjijikan kerana rakyat tahu, polis hari ini tidak bermaruah lagi.

Itulah sebabnya ada isteri polis yang dicium penyanyi. Itulah sebabnya ada isteri polis yang ikut lelaki lain. Itulah sebabnya anak-anak polis ramai yang jadi penagih dadah. Ini akibat dari perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika memikul amanah.

Tanya dengan Tun Haniff Omar, apa jadi dengan anak lelakinya? Tanya dengan beberapa orang bekas Ketua Polis Negeri dan Daerah, bukankah ramai anak-anak mereka menjadi tahi dadah? Ingat! Samseng mereka tidak akan ke mana.

Kepada para pejuang reformasi, usah kita bergaduh dengan polis tetapi usah kita hurmati polis lagi. Usah kita beri kerjasama kepada mereka. Mereka hanya alat dan perkakas pemerintah yang tidak bermaruah. Kita ada tugas, maka jalankanlah. Mereka ada tugas mereka, jalankanlah. Masing-masing akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Ingat kuaters (kediaman) yang mereka duduki sekarang adalah hasil perjuangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dato’ Seri Anwarlah yang bermati-matian meminta disegerakan semua projek perumahan anggota polis. Anggota polis yang selama ini duduk di rumah setinggan dan duduk di barrack satu bilik seharusnya bersyukur kerana kini dapat duduk di barrack tiga bilik.

Jasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim cukup besar buat mereka. Dr. Mahathir sibuk dengan Mahligai RM200 juta tetapi Dato’ Seri Anwar sibuk dengan anggota polis pangkat rendah. Jangan kita lupa, jangan kita buat-buat lupa. Jangan kita pandang mudah budi dan jasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berkuasa dahulu. Berdoalah kepada Allah semoga orang yang berjasa kepada kita mendapat pembebasan untuk terus berjasa lagi buat kita, buat anak-anak kita. Dr. Mahathir hanya berjasa kepada anak-anaknya dan kroninya sahaja.