Oleh Pena Suasa

 

Anggota Konspirator Dapat Ganjaran

 

SEMUA kakitangan konspirasi menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah dan akan mendapat ganjaran.

Bermula ketuanya, Aziz Shamsuddin ‘pendek’ dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, Tengku Adnan Mansor, tauke TOTO pula dilantik menjadi Setiausaha Kerja Umno Malaysia dan kini, Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan.

Aziz perancang utama, menulis surat layang yang diilhamkan Ummi Hafilda Ali dan sipenzina yang jijik dan kotor, Azizan Abu Bakar cukup berkuasa di Kementerian Pendidikan sekarang, mengatasi Menterina, Tan Sri Musa Mohamad.

Dia khabarnya akan dijadikan menteri walaupun sehari bagi membalas jasa menjatuhkan Dato’ Seri Anwar dan menyambung fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar.

Tengku Adnan sudah dijanjikan kerusi Senator, kemudian akan diletakkan bertanding di Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya akan datang. Dalam pilihan raya yang lalu, dia sepatutnya sudah diletakkan bertanding tetapi dia tahu dia akan kalah kerana kebencian orang Melayu terhadapnya cukup membuak-buak.

Khabar paling baru, seorang lelaki yang bernama Hamzah Zainuddin yang memfitnah Dato’ Seri Anwar mengganggu isterinya melalui panggilan telefon juga akan mendapat ‘perlantikan’ Senator dalam tempoh terdekat. Hamzah sudah dimaklumkan pihak Parlimen tetapi masih belum mendapat surat rasmi. Hamzah cukup berjasa kepada Dr. Mahathir Mohamad kerana ‘tape recorder’ yang kononnya dirakamkannya untuk membuktikan suara Anwar yang menghubungi isterinya itu menjadi bahan ‘kempen’ Sanusi Junid, kaki pukul budak lapangan terbang bagi merosakkan nama Dato’ Seri Anwar.

Penulis dan penyusun fitnah 50 Dalil Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM Khalid Jefri sudah memandu Mercedes E220 sekarang, walaupun dikenakan tindakan mahkmah kerana gagal membayar hutang syarikat kewangan membeli kereta Opel.

Khalid buat-buat susah, tidak boleh bayar hutang finance dan sebagainya bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia tidak dapat upah dari Dr. Mahathir, Daim Zainuddin, Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Adnan. Hakikat sebenarnya, Khalid diarahkan Pak Lah supaya berlakon seperti orang susah dan jangan tunjukkan kemewahan yang dia dapat.

Tetapi, Pak Lah tidak tahu bahawa Khalid sekarang memandu Mercedes kerana bila dia ke rumah Pak Lah (untuk ambil habuan) dia akan naik teksi atau minta kawan-kawannya hantar dia ke Jalan Ballamey, di mana terletaknya rumah Timbalan Perdana Menteri.

Khairuddin Abu Hassan yang mengaku sebagai penerbit buku itu sudah beli rumah di Shah Alam . Kereta mewahnya bertambah. Dia ada Mazda RX7 (model lama), dia ada BMW sport (dua pintu) model lama. Dia juga memandu Mercedes di samping beberapa kereta lain.

Ummi Hafilda yang muflis juga memandu BMW 7 Serries berwarna dark blue.

Kita tengoklah. Semua yang terlibat, mengikut tahap-tahap dan fungsi masing-masing mendapat habuan secara berperingkat-peringkat. Daim Zainuddin buat bodoh sahaja, tetapi dialah yang mengeluarkan wang. Abdullah Ahmad Badawi juga sekarang cukup hebat menabur duit kerana banyak dapat komisen “pendatang Bangladesh” yang dia beri kelulusan kepada kawan-kawannya.

Dulu, Dato’ Ibrahim Ali yang menghentak meja menuding jari ke arah Dato’ Seri Anwar sudah dilantik menjadi Timbalan Menteri. Perlantikan itu, walaupun singkat tetapi adalah habuan kerana membantu ‘menguiskan’ Anwar dari kerusi Timbalan Presiden Umno.

Sanusi yang gagal mengemudikan Umno Kedah, masih diberikan jawatan. Tiada siapa tahu kemampuannya, selain menyambung fitnah di UIA. Kesnya memukul kakitangan Lapangan Terbang masih tidak diambil sebarang tindakan. Khabarnya Dr. Mahathir tidak membenarkan polis mengambil apa-apa tindakan terhadap Sanusi. Jabatan Peguam Negara juga tidak akan bertindak kerana ada ‘halangan’ dari pihak atasan.

 

4hb. Ogos 2000