RAKYAT JANGAN MASUK PERANGKAP JAHAT MAHATHIR

Keadaan tegang yang berlaku di negara kita ini terutamanya di Kuala Lumpur akibat dari pergaduhan yang berlaku di Kampung Medan, tidak lain dan tidak bukan adalah sesuatu yang dirancang dan direncanakan oleh Mahathir dan Kerajaan Barisan Nasional.

Ini adalah kerana apabila kita melihat kembali kepada fakta-fakta yang telah berjaya dikumpulkan, memang jelas menunjukkan bahawasanya kejadian pergaduhan yang melibatkan kematian 5 manusia setakat ini sememangnya sesuatu yang telah dirancang oleh Mahathir untuk terus berkuasa.

Kejadian pergaduhan antara keluarga Melayu yang mengadakan majlis perkahwinan dan keluarga India yang mengadakan upacara pengkebumian itu berlaku pada 4 March yang lepas. Dan pergaduhan itu yang tidak melibatkan sebarang kematian telah pun diselesaikan dan didamaikan.

Kenapa suatu kejadian pergaduhan yang telah pun diselesaikan dan didamaikan boleh timbul semula dan merebak cepat mencetuskan suatu siri insiden pergaduhan-pergaduhan yang lain yang melibatkan pembunuhan dan kematian. Dan pergaduhan-pergaduhan lain itu berlaku 2 hari selepas kejadian yang pertama. Dan juga selepas kedua-dua keluarga Melayu dan India itu berdamai sudah.

Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana khabar-khabar angin yang ditiup oleh gangster-gangster UMNO yang mengambil kesempatan dari kejadian di atas untuk membuat huru hara dan mencipta keadaan yang tegang dan tidak stabil di dalam negara supaya tenaga dan fikiran rakyat tertumpu untuk bergaduh dan berperang sesama sendiri.

Dan semua khabar-khabr angin ini biasanya didengar dari pihak ketiga dan tiada bukti-bukti yang sahih untuk menkonfirmkan khabar-khabar angin tersebut. Dan sekali lagi Pihak Polis langsung tidak berbuat apa-apa untuk menangani khabar-khabar angin ini. Dan selain dari ganster-gangster UMNO, Special Branch (SB) turut terlibat sama menyebarkan khabar-khabar angin ini supaya rakyat terus berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri.

Apabila rakyat bergaduh dan berperang sesama sendiri maka bolehlah Mahathir dan Barisan Nasional terus berkuasa dengan senang lenang tanpa perlu risau kepada kebangkitan rakyat untuk menjatuhkannya melalui demontrasi kerana tumpuan rakyat kini terpaksa dicurahkan untuk menyelesaikan pergaduhan kaum yang berlaku ini.

Inilah taktik PECAH DAN PERINTAH yang dijalankan oleh Mahathir dan gangster-gangster UMNOnya untuk terus berkuasa. Apabila rakyat berpecah maka mudahlah bagi Mahathir untuk terus memerintah !

Dua hari selepas kejadian tersebut (pada 6 March) sekumpulan kanak-kanak Melayu yang bermain lastik telah terlastik cermin sebuah kereta yang dipercayai kepunyaan seorang India. Apabila mengetahui bahawa sebuah cermin kereta telah pecah maka bebarapa orang dari kaum India telah datang untuk menuntut gantirugi dari keluarga kanak-kanak Melayu yang telah dikatakan memecahkan cermin tingkap kereta mereka. Dari situ suatu pertengkaran telah berlaku dan beberapa kelompok yang lain telah turut menyertai pertengkaran tersebut sehinggalah terjadinya pergaduhan fizikal yang menyebabkan seorang mati dan ramai yang lain cedera parah.

Dan yang musykilnya ialah Pihak Polis hanya tiba kira-kira 2 jam selepas dihubungi! Kenapa pihak Polis mengambil masa yang lama untuk datang ke tempat kejadian sedangkan mereka telah pun dihubungi oleh penduduk-penduduk di situ 2 jam terdahulu ? Dan Balai Polis di Kampung Medan hanya terletak kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian!

Keadaan di atas sangat pelik sekali. Bagaimana pihak Polis yang hanya berada 2 kilometer dari tempat kejadian tiba hanya 2 jam selepas dihubungi ? Sedangkan ketika rakyat membuat perhimpunan aman di Jalan Tunku Abdul Rahman pihak Polis boleh tiba dalam masa kurang 5 minit !

Ini bermakna memang telah ada arahan dari pihak atasan untuk membiarkan pergaduhan itu berlaku supaya huru hara yang lebih besar terjadi. Jelas kepada kita bagaimana pihak Polis dipergunakan oleh Mahathir untuk memanjangkan pergaduhan yang terjadi itu supaya iyanya merebak dan menjadi pergaduhan kaum yang besar.

Pihak Polis mengadakan kawalan yang maksimum di kawasan-kawasan penempatan yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu. Manakala kawasan penempatan yang dihuni oleh majoriti kaum India di Kampung Lindungan dan Kampung Gandhi hanya 2 atau 3 orang sahaja petugas Polis yang ditempatkan di situ.

Di sini jelas pihak polis sengaja membuka ruang dan peluang untuk gangster-gangster UMNO melakukan serangan mereka di kampung-kampung penempatan yang diduduki oleh kaum India.

Mahathir telah mengarahkan pihak Polis supaya meminimumkan kawalan di kawasan penempatan penduduk India. Arahan ini dibuat atas tujuan untuk mengundang penduduk-penduduk Melayu yang sudah terhasut oleh khabar-khabar angin yang di bawa oleh gangster-gangster UMNO dan Special Branch (SB) supaya menyerang kawasan-kawasan penempatan penduduk India.

Jelas kepada kita bagaimana Pihak Polis telah dipergunakan oleh Mahathir untuk menimbulkan suasana kawalan Polis yang minimum di mana penempatan-penempatan kaum India ini dibukakan pintunya untuk serangan oleh gangster-gangster UMNO dan Special Branch (SB).

Apabila serangan dan kekacauan berlaku, di mana kedua-dua belah pihak sudah mula saling serang menyerang maka rakyat akan menjadi semakin lemah dan berpecah.

Ini sangat dikehendaki oleh Mahathir kerana apabila rakyat lemah dan berpecah maka Mahathir pun boleh goyang kaki sambil tersenyum melihat rakyat berperang sesama sendiri kerana rancangannya untuk melaga-lagakan rakyat supaya dia tetap terus berkuasa berjaya !

Dan pada hari-hari yang seterusnya ( 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 March ) beberapa pergaduhan yang lain telah berlaku di beberapa kawasan di sekitar Kampung Medan, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya.

Dan Pihak Polis masih lagi hingga sekarang ini sengaja menggagalkan diri mereka untuk menangani masalah yang timbul ini. Pihak Polis atas arahan Mahathir telah menyembunyikan banyak maklumat-maklumat yang sepatutnya diberitahu kepada masyarakat umum. Tindakkan Pihak Polis yang menyembunyikan maklumat dan membiarkan khabar angin disebar secara berleluasa telah menyebabkan rakyat curiga mencurigai dan berdendam sesama mereka.

Perasaan curiga mencurigai dan dendam ini akhirnya dieksploitasi oleh gangster-gangster UMNO untuk menghasut penduduk Melayu supaya membuat kekacauan dan menyerang penduduk India. Begitu juga dengan gangster-gangster MIC mempergunakan perasaan curiga dan balas dendam ini untuk menghasut penduduk India untuk menyerang penduduk Melayu.

Apabila kaum Melayu dan kaum India saling serang menyerang antara satu sama lain maka yang ruginya disini ialah rakyat dan yang untungnya ialah Mahathir !

Pihak Polis yang berkawal di sekitar kampung Medan pada malam semalam (11 March) langsung tidak membuat sebarang tindakkan, tangkapan atau pun menyuruh bersurai terhadap orang ramai yang berkumpul dan berhimpun dengan membawa kayu, batang besi, parang, pisau, kayu golf dan senjata tajam bersama mereka.

Kenapa pihak Polis hanya membiarkan orang ramai yang membawa senjata ini berkumpul ? Kenapa pihak Polis tidak menyuraikan mereka ? Sedangkan setiap kali rakyat turun berdemontrasi di jalan-jalan dengan aman dan tanpa membawa sebarang senjata, Pihak Polis akan datang dengan pancutan air kimia, gas pemedih mata dan belantan untuk membelasah dan memukul rakyat.

Tetapi di dalam mengendalikan kes ini, pihak Polis langsung tidak mengambil tindakkan terhadap mereka yang berkumpul dengan membawa senjata di sekitar Kampung Medan malam semalam. Ini sungguh menghairankan !

Tetapi tidaklah menghairankan jika kita semua faham bahawa ini semua adalah sebahagian dari rancangan Mahathir untuk terus mempertahankan kuasanya.

Setelah gagal dengan Sandiwara Sauk yang juga melibatkan korban nyawa dan jiwa, Mahathir kini beralih pula kepada usaha-usaha untuk mencetuskan pergaduhan kaum dan membuat huru hara untuk beliau terus berkuasa.

Ingatkan juga kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana gangster-gangster UMNO telah diupah untuk menimbulkan rusuhan kaum apabila Parti Perikatan yang ketika itu dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC gagal untuk menubuhkan kerajaan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Begitulah juga keadaannya ketika ini di mana Mahathir gagal untuk mendapat sokongan dari kaum Melayu, Cina dan India. Mahathir telah hilang kredibilitinya di mata rakyat. Majoriti rakyat termasuk ahli UMNO sendiri benci pada Mahathir.

Oleh itu, Mahathir perlu membuat sesuatu untuk mengalihkan kebencian rakyat terhadapnya. Dan apa yang Mahathir lakukan adalah dengan mempergunakan pihak Polis, Special Branch (SB) dan gangster-gangster yang terdapat di dalam UMNO untuk mencetuskan rusuhan kaum supaya kebencian rakyat itu beralih daripada beliau kepada benci membenci sesama rakyat.

Apabila ini berlaku maka senanglah Mahathir untuk terus mengekalkan kuasanya !

Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia jangan sampai termasuk ke dalam perangkap jahat yang dipasang oleh Mahathir ini. Kita mesti terus menumpukan tenaga dan fikiran kita kepada usaha-usaha untuk menjatuhkan Mahahir dan menyeretnya ke mahkamah supaya dia diadili di atas rancangan perangkap jahatnya yang telah mengorbankan 5 nyawa di Kampung Medan itu.

PEMUDA KAMPUNG MEDAN 12 MARCH 2001