KOMENTAR

 

20.08.00

Salam Reformasi

 

UMNO CELARU PEMUDA KELIRU

 

Kesian 100-200 orang Pemuda UMNO yang hadir pada DEMONSTRASI membantah isu Hak Asasi Melayu di Stadium Negara dan berarak ke Malaysia Chinese Hall. Mereka cuba sedaya upaya untuk menaikkan semangat Melayu dengan bertindak KONONNYA PEMUDA UMNO MEMBELA HAK MELAYU. Penerima orang MELAYU terhadap insiden itu amat dingin sekali. MELAYU sedar sandiwara terbaru PEMUDA UMNO dibawah kepimpinan Aziz Sheikh Fadzil. Masyarakat MELAYU hanya memerhatikan lawak jenaka PEMUDA-PEMUDA UMNO yang nyata keliru.

 

Persoalannya, kenapa program membantah isu penghapusan hak keistimewaan orang melayu sendiri yang dibuat oleh PEMMUDA UMNO gagal diterima. Jelas hanya ada satu jawapan, kita masyarakat melayu sendiri tidak percaya kepada UMNO dan bagi kita UMNO sanggup mempolitikkan apa sahaja untuk terus berkuasa sungguhpun mereka sudah usang dimata kita. KESIAN PEMUDA UMNO. UMNO celaru kerana Dr Mahathir dan PEMUDA keliru kerana terlalu asyik membela Presiden UMNO yang langsung di TOLAK oleh MELAYU.

 

Sedarlah PEMUDA UMNO, kerana MAHATHIR kamu semua terus tidak dipercayai lagi oleh Melayu. Insiden persoalan HAK KEISTIMEWAAN MELAYU pun dianggap sandiwara. Sungguhpun begitu apa yang JELAS ialah PEMUDA UMNO terus keliru kerana enggan membuka minda dan melihat bahawa perbuatan UMNO mempolitikkan isu Melayu hanya untuk mendapat sokongan adalah perbuatan terdesak BOSS kamu.

 

Cukuplah UMNO. Melayu terus tidak akan mempercayai UMNO lagi sebagai pembela hak. Perbuatan politikkan isu hak keistimewaan melayu bukan datang dari kaum Cina tetapi datang dari UMNO yang celaru dan didokong oleh PEMUDA yang keliru.

 

KOMENTAR