Pemuda Di Depan Kedutaan Dan Penyu Terdampar Di Kelantan

Kebencian kepada Amerika Syarikat serta Britain meluap-luap di kala serangan mereka terhadap Iraq yang mana melanggar ketetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tidak ketinggalan juga ianya turut direalisasikan di negara ini oleh pemuda pro kerajaan...siapa lagi kalau bukan Pmuda UMNO. Merekalah antara orang-orang yang menafikan penglibatan pemuda PAS sewaktu demonstrasi anti-Israel yang berlaku di Universiti Malaya tempohari. Namun hari ini mereka tampil sebagai pemuda Islam yang benar-benar marhean. Syabas diucapkan kepada mereka.

Berlainan pula dengan pemuda dari kalangan Barisan Alternatif yang selalu dicela oleh media serta pemuda kerajaan itu. Mereka dilabel sebagai pemuda sosialis, komunis, radikal, ekstrim, berhaluan kiri serta bermacam-macam lagi celaan mereka itu. Benarkah sedemikian ? Jahat sanggat pemuda Barisan Alternatif ini ? Benarkah mereka tidak setia dengan panji perjuangan yang mereka lafazkan itu ? Kita tidak dapat mencari suatu formula dalam untuk meleraikan isu sebegini lantaran satu pihak dari golongan fuedal yang tidak berhati perut, manakala dari satu sisi yang lain adalah golongan proliteriat yang teguh. Dimanakah titik pertemuan dalam menghadapi permasalahan sedemikian. Jika kita tinjau Syah Waliyullah Dehlavi, dalam kitabnya Hujjat-ul-Allah al-Baligha, inilah penerapan yang sebagaimana disyorkan di dalam Islam tanpa menidakkan kepentingan penganut agama lain samada dari segi sosial, ekonomi dan politik. Kupasan yang sama dapat dipetik dalam karya-karya Engels, Leon Trotsky dalam menstabilkan pengagihan dalam pendapatan sekata.

Tidakkah kita pelajari baik buruk sesuatu perkara setelah kita melewati akan teori serta perbahasan hal yang berkaitan itu. Apapun cubalah manfaatkan segala ilmu yang dipelajari serta fahamkan sedalam-dalamnya apakah maknanya erti kehidupan yang hakiki. Hisablah dengan akal yang waras, jangan sekali-kali mencedut tanpa usul periksa.

2 tan lebih, begitulah ulasan Utusan Meloya berkenaan dengan pendaratan penyu spesis belimbing di Pantai Cahaya Bulan, di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Menurut penguasa Kementerian Perikanan lagi, penyu tersebut bukanlah mendarat untuk bertelur. Adakah kemungkinan ianya mendarat untuk bersantai atau membeli-belah kain batik atau sarong tenun. Rumit sekali untuk dimengerti. Dan amatlah sayang sekali kerna manusia tidak mengerti bahasa haiwan mergastua. Penyu tersebut yang usianya dianggarkan 100 tahun lebih, dengan keadaan yang tidak berdaya serta kurang bermaya telah terperangkap sewaktu ingin kembali semula ke lautan. Masyarakat sekitarnya telang sedaya upaya menolong mengembalikannya ke habitatnya yang asal. Bagus sekali masyarakat sedemikian, yang mengerti erti keprihatinan haiwan tanpa boleh berbicara dalam bahasa binatang, tampil menghulurkan bantuan.

Begitulah jua halnya dalam polemik politik Malaysia. Seorang insan tua yang bertakhta di singgahsana dengan diiyakan oleh sekonyang-konyang pengikutnya yang maha iya. Ia tidak mahu dinyahkan secara kasar, malahan ianya mahu senantiasa disanjung serta dianggap hero dalam apa saja episod citra. Ia pantas bangat dalam memberikan buah pendapatnya, dan pandangannya itu tidak boleh disangkal. Kalu berani menidakkannya, kekallah kamu dalam duka nestapa.

Ingatlah semua, berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran, serta berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran.

Hancurkan Kapitalisme, Imperialisme dan Neo-Liberalisme!

Lukman Al-Hakim anjaib@freeanwar.com 8.50pm 21/01/2001