KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

15.06.2000

Salam Reformasi

 

Pemuda Barisan Alternatif,

 

Desakan perlu dibuat bagi meneruskan semangat juang kita menentang kepimpinan UMNO yang jelas tidak ada pendirian selain dari mengikuti sahaja kehendak Mahathir.

 

Shafee Yahaya sudah membuat kenyataan dalam Mahkamah yang antara lain mengatakan bagaimana beliau (Mahathir) menghentikan soal-siasat atas kehendak Ali Abul Hassan. Apakah Mahathir tidak wajar diheret ke mahkamah atas tuduhan menyalahguna kuasa. Komentar menggesa agar Barisan Pemuda Alternatif melancarkan desakan sekeras-kerasnya agar Dr Mahathir Mohamed di hadapkan dengan tuduhan sewajarnya bagi menampakkan keadilan dan sistem perundangan negara ini tidak tercalar. Satu desakan perlu dibuat dan desakan ini hendaklah dibuat secara menyeluruh disetiap pelusuk bumi Malaysia.

 

Kita tidak seharusnya hanya membelasah Mahathir melalui media sahaja tetapi harus mendesak secara nyata “style” mengambil tindakan terpilih “selective prosecution”.

 

Apa ikhtiar Pemuda Alternatif,

Apa langkah Pemuda Pemangkin Reformasi,

Apa langkah Sumpah Pemuda.

 

Sediakan rangka tuntutan nescaya kita berjumpa disana.

 

Reformasi