Pemimpin Yang Gagal - (part 2)

 

Dalam artikel terdahulu saya ada menyebut tentang Mr.Samy ' pelat', disini saya ingin mengimbas kembali peristiwa tabung masyarakat india yang tidak selesai - selesai hingga ke hari ini.

Seperti lazimnya dalam UMNO kerja membodek bukannya lagi rahsia apapun akan dilakukan untuk membuktikan kepada Mahathir betapa setia dan bodohnya mereka pembodek. Dalam beberapa minggu terakhir ini kita lihat Khir 'toyol' tengah sibuk membuktikan bahwa beliau adalah seorang pembodek yang berkaliber. Hampir kesemua media perdana memfokuskan aktiviti-aktiviti bodoh mereka, tanpa memikirkan lagi banyak mereka bercerita lagi ramai yang benci.

Dua hari kebelakangan ini kita lihat bagaimana para pembodek UMNO komen tentang ucapan Sdr Ezam semua pembodek berebut untuk mendapat 'coverage' siapa paling bodoh.

Ingat para pembodek, Mahathir sekarang berumur 76th dengan berbagai macam penyakit, bukan hanya jantung malah penyakit tak nyenyak tidur (Scary dreams).

Tidak habis dengan isu ectasy para pemimpin MCA/BN telah ditambah dengan tabung pendidikan yang telah disalahguna, hei... BPR (Zaki) lakukanlah sesuatu ingat jabatan anda dibentuk untuk membantu rakyat menyelesaikan penyalah gunaan kuasa, jangan paksa kami untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Untuk pengetahuan saudara kami sudah tidak tahan lagi dengan kerenah-kerenah BPR dari penyelewengan wang UMNO, Perwaja, Bakun, Rafidah, Dolah Badawi (Isu tender makanan ATM), Abul Hassan dan berbagai macam lagi.

Disini tidak lupa kita akan peningkatan harga saham yang dua minggu terakhir ini naik secara konsisten, tapi kalau dilihat lebih mendalam ianya hanya saham-saham yang berkaitan dengan index sahaja tapi selebihnya masih tidak menentu.

Daim 'Soros' Zainuddin cukuplah kami semua tahu apa yang akan dan mungkin akan berlaku dalam hangatnya belanjawan yang dibentang buktinya walau betapa indahnya kamu menyampaikan belanjawan harga saham masih merundum (We are not stupid like you). Dan nasihat saya berhentilah dari menggunakan wang rakyat untuk menipu index pasaran saham.

Ini tidak termasuk papa korupsi Mahathir dengan istana Putra Jayanya , Jet, rumah mewah yang dihadiahkan oleh Vincent Tan dan para 'tycoons' kroni yang telah mengambil duit rakyat. Sudahlah system perundangan kita lekehkan, wang rakyat digunakan sesuka hati tanpa memikirkan nasib kita. mari rakyat Malaysia bangunlah, bukalah matamu fikirlah barang sejenak apakah yang dapat kita sumbangkan untuk masa depan anak-anak kita, lakukanlah sesuatu masa depan mereka esok bergantung kepada apa yang kita lakukan hari ini. Reformasi total dituntut.

 

A@2000