Salam Reformasi,
10-07-2001

PELAJAR MUSUH UMNO ATAU UMNO MUSUHI PELAJAR?

Email berikut diterima oleh Komentar. Email tersebut mendesak pembebasan pelajar yang ditangkap dan bertindak mendesak supaya ISA di mansuhkan. Nampaknya pelajar sekarang hanya menumpukan kepada bacaan buku dan tidak berhak untuk mengetahui hal sebenarnya biarpun antara mereka layak mengundi.

Klik untuk baca email

Melihat senario tangkapan tersebut Komentar percaya bahawa UMNO tidak lagi akan kekal dan terus menjadi parti yang tidak relevan biarpun kalangan pemimpin mereka ada yang kaya raya.

Komentar teringat pada suatu hari ada seorang menalipon Komentar dan bertanya " u ingat Mahathir dah tersepit ke ? Sokongan rakyat ramai kat Barisan Alternatif"

Sewaktu itu belum ada sebarang tangkapan ISA. Saya pun menjawab setakat ini tidak ada tanda-tanda besar kelemasan Dr Mahathir dalam dunia yang fana ini. Saya menjawab lagi " orang yang akan lemas akan mengambil sebarang tindakan walaupun cuba untuk bergayut di ranting yang kecil"

Saya terus mengatakan andai Dr Mahathir "desprate" signal kuat pasti kedengaran dan jelas penahanan menggunakan ISA merupakan satu signal yang cukup kuat.

Nampaknya Pelajar yang diharapkan sekarang. Pelajarlah antara yang pasti mewarisi kita suatu hari nanti.