KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

04.06.2000

 

Buat Mahasiswa Malaysia,

 

Seruan Komentar kepada Mahasiswa/wi Malaysia,

 

Saudara dan Saudari,

 

Dr Mahathir dan UMNO sedang “desperate” berusaha agar semua isu berkenaan dengan Anwar Ibrahim dilupuskan. Agar perbuatan zalimnya keatas Bekas Timbalan Perdana Menteri itu diterima dan terus menjadi budaya Melayu Baru. UMNO “desperate” melaung-laungkan bahawa Melayu perlu bersatu dibawah kerajaan zalim dan rakus mencaturkan kita untuk kepentingan diri. Mereka “desperate” dan mereka bertindak ganas menyekat segala media serta suara dan hak rakyat. Sedang mereka “desperate” kita dari pembangkang juga turut “desparate” untuk berjuang menyelamatkan negara ini dari terus berteraskan budaya kotor yang didik oleh UMNO dan BARISAN NASIONAL.

 

Sekarang, nasib dan halatuju negara ini akan diserahkan kepada Mahasiswa/wi negara ini. Merekalah waris pemegang amanah perjuangan ini. Nasib bangsa dan negara sedikit masa nanti yang dipegang oleh mereka.

 

Saudara dan Saudari ,

 

Bangkitlah anak-anak bangsa, ingatilah kekejaman yang telah mereka laksanakan terhadap rakyat negara ini lantas Sdr Anwar Ibrahim menjadi contoh kekejian perbuatan mereka. Mereka membantah kita dengan alasan kononnya kita memperalatkan pelajar untuk tujuan politik wahal kita dari pembangkang sebenarnya sedar akan peranan pelajar dan mahasiswa dalam membangunkan negara dan impak mahasiswa/wi dalam politik negara. Pembangkang mengikhtiraf kematangan pelajar kita dan yakin mereka tahu yang mana benar dan yang mana tidak.

 

Anak-anak Bangsa ku,

 

Perjuangkanlan, bangkita dan membantu perjuangan ini. Simpulkan masa untuk terus menerus memberi kesedaran sesama pelajar akan perlunya perubahan dalam negara ini. Anak bangsa ku ini kelah akan dilengkapkan dengan senjata paling penting untuk digunakan. Senjata yang menjadi hak kita rakyat Malaysia yakni pemangkahan undi. Anak bangsa ku, sampai masa 2003-4 (yakni pilihanraya akan datang) sdr/i lah yang mempunyai kekuatan merubah segala kezaliman dan kekurang ajaran mereka dari B.N dan UMNO. Sungguhpun begitu , kita sedar kita perlu melaksanakan seberapa banyak progran untuk memastikan kejayaan dan anak-anak inilah yang akan menjadi penentu perubahan.

 

Fikirkanlah wahai anak-anak ku sekelian,

 

KOMENTAR