Pengirim: Helmi Muhammad
 
Kepada mereka yang gemar mengikuti kerjaya politik Dr
Mahathir, tangisan dan lakonan sandiwara air mata yang
berlaku di Putrajaya baru-baru ini tidak
menghairankan.  Mahathir memang kuat menangis,
terutama bila dia merasakan dirinya terpinggir dan
sunyi.  Kononnya, Mahathir menangisi nasib orang
Melayu, walaupun mungkin lebih tepat jika dikatakan
Mahathir menangisi nasib politiknya sendiri.
 
Kini, Mahathir - bekas hero gerakan ultra Melayu tahun
50an dan 60an - tidak lagi dipercayai oleh orang
Melayu.  Tuduhannya yang melulu dan menjijikkan
terhadap bekas timbalannya Anwar Ibrahim (seorang lagi
hero Melayu) serta kenyataannya mengenai Islam yang
bongkak dan tidak berlapik, menjadikan Mahathir watak
algojo yang paling dibenci dalam sejarah ketamadunan
Melayu.
 
Tangisan Mahathir memanglah hanya sebuah lakonan.
Mahathir yang menangis air mata buaya bukannya
Mahathir yang sebenar.  Mahathir yang sebenar cukup
akrab dengan tokoh korupsi bangsa Cina seperti Ting
Pek Khiing, Vincent Tan, Eric Chia, Francis Yeoh Tian
Ling dan juga tokoh India seperti Ananda Krishnan,
kawan karibnya sejak universiti dahulu.  Tokoh
korporat Melayu seperti Halim Saad dan Tajudin Ramli
hanyalah budak suruhan.  Mereka tidak mendapat layan
setara seperti Ting, Vincent dll yang boleh mengetuk
pintu bilik pejabat Mahathir pada bila-bila masa,
siang dan malam. Malah, Yahaya Ahmad yang rapat dengan
Anwar Ibrahim, meninggal dunia dalam kemalangan yang
cukup "mencurigakan".
 
Sikap Mahathir ini lahir kerana pandangannya yang suka
merendahkan orang Melayu.  Sikap ini terserlah dalam
buku-buku "Dilema Melayu" dan lain-lain karyanya.
Mahathir menganggap orang Melayu bodoh, bebal dan
dungu serta layak menjadi keldai domba tunggangan
politiknya sahaja.
 
Pada hari Jumaat 25 Ogos ini. sekumpulan pelajar
Malaysia yang ditaja oleh MCA akan menjadi tuan rumah
satu majlis "seminar" yang akan dibuka oleh Mahathir
di Sunway.  Kumpulan pelajar itu menamakan diri mereka
"Malaysia Connect UK" dan kononnya mewakili pelajar
MALAYSIA daripada beberapa universiti terkenal.  Ketua
mereka bernama Lee Chong Han, anak seorang tokoh MCA
dari London School of Economics.
 
Hakikat yang sebenar cukup beberbeza.  Malaysia
Connect UK hanya dianggotai oleh lapan orang pelajar
dari etnik Cina dan mereka langsung tidak pernah
dipilih atau diundi mewakili mana-mana kumpulan
pelajar Malaysia di United Kingdom.  Mereka bolehlah
dianggap masuk bakul angkat diri sendiri.  Lee Chong
Han mendapat bayaran RM 25,000 daripada MCA untuk
menubuhkan kumpulan ini bagi menangani kebangkitan
pelajar Melayu anti-Mahathir di United Kingdom,
terutamanya daripada kalangan penyokong PAS dan
KeADILan.
 
Walaupun ditentang oleh beberapa rakannya, Lee Chong
Han enggan menjemput pelajar Melayu menyertai
pertubuhannya itu.
 
Tidak hairanlah, pelajar Melayu menolak Malaysia
Connect UK.
 
Lebih menyedihkan, Malaysia Connect UK bertujuan
mengenengahkan kumpulan pelajar Cina dengan menghina
dan memperbodohkan Islam serta budaya Melayu.  Dalam
perbincangan mereka, pelajar Melayu daripada IPTA
dipinggirkan keraba mereka terlalu "Islamik".  Pernah
Lee mencadangkan agar majlis seminar diadakan pada
hari Jumaat supaya pelajar Melayu yang solat jemaah
tidak dapat menghadiri keseluruh program.
 
Lee Chong Han dan kawan-kawannya sengaja mengadakan
majlis tari-menari selain seminar kerana mereka tahu
majlis yang penuh maksiat dan budaya meminum arak ini
cukup dibenci oleh orang Melayu, walhal yang bersikap
sederhana sekalipun.  Tetapi majlis sebeginilah yang
didukung oleh Mahathir - "hero" Melayu - dan kroninya
seperti Tan Sri Othman Yeop Abdullah, Tan Sri Noordin
Sopiee dll.
 
Agenda sulit Malaysia Connect UK ini turut didalangi
oleh Tun Daim Zainuddin melalui sayapnya di United
Kingdom iaitu sebuah pertubuhan pelajar elitas bernama
UKEC.
 
Sebenarnya, agenda sulit Malaysia Connect UK ini sudah
lama diketahui oleh pelajar Melayu yang menghindari
majlis anjurannya.  Tetapi orang seperti Mahathir
terus memberikan sokongan, menagih simpati daripada
pelajar kaum Cina sesudah kaum Melayu menjauhkan diri.
 Pokoknya, Mahathir hanya kekal Perdana Menteri akibat
sokongan pihak sebegini, sedangkan asas sokongan UMNO
iaitu orang Melayu sudah menolak Mahathir
habis-habisan.
 
Bolehlah dikatakan bahawa Mahathir kini dipergunakan
oleh segelintor pelajar kaum Cina seperti Lee Chong
Han dan Malaysia Connect UK.  Mereka memperagakan nama
Mahathir kepada badan-badan penaja seperti Boston
Consulting Group, Petronas, Citibank dan lain-lain
demi kepentingan kewangan masing-masing.
 
Semasa Mahathir sibuk menonggak ekor di Sunway Lagoon,
di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pemimpin jati
seperti Lim Guan Eng sedang mempertaruhkan kebebasan
demi memperjuangkan nasib Anwar Ibrahim.  Nah, tepuk
dada tanyalah selera.  Siapakah yang lebih sayangkan
orang Melayu?  Mahathir atau Guan Eng?  Adakah orang
seperti Mahathir sayangkan Melayu jika dia sanggup
mendera dan memukul Anwar Ibrahim, seorang pejuang
nasib petani, pelajar dan setinggan Melayu di zaman
70an dan 80an?  Di manakah kemelayuan Mahathir jika
perogol gadis Melayu seperti Rahim Thamby Chik terus
bebas tanpa hukuman?
 
Orang Melayu kenal siapakah panglima mereka dan siapa
pula penipu dan pembelot.  Mahathir pandai menipu
dengan air matanya, tetapi lakonan Mahathir sudah
hambar dan hilang daya memikatnya.  Umpama anak wayang
yang meningkat tua dan kerepot, lakonan Mahathir sudah
tidak laku lagi.
 
Tetapi, situasinya tidak semudah itu.  Mahathir yang
terus dahagakan kuasa kini menjadi boneka pemuda Cina
beragenda rasis seperti Lee Chong Han dan Malaysia
Connect UK.  Mahathir ketagih sokongan dan sanggup
menjual maruah menjadi bahan tontonan dalam majlis
Malaysia Connect UK.
 
Dalam pada itu, Lee Chong Han dan rakan-rakannya
ketawa melihat kebodohan Mahathir.  Bak kata salah
seorang ahli jawatankuasa Malaysia Connect UK, "the
situation of the Prime Minister is really pathetic"
(keadaan Perdana Menteri sudah terlalu teruk).
 
Tetapi, itulah realiti.  Mahathir, "hero" gerakan
ultra Melayu tahun 50an dan 60an, bergelar "Wira Dunia
Ketiga" dan "Perdana Menteri Malaysia paling lama
memerintah" kini hanya menjadi alat mainan seorang
pelajar Cina berusia 23 tahun!
 
"Pathetic"?  Tepat sekali!