DIPETIK DARI ADIL-NET

Perancangan pemimpin PAS untuk mengadakan pakatan paerpaduan Melayu kini mendapat tentangan hebat di kalangan ahli dan parti komponen BA. Agenda yang akan di bincangkan tidak pernah di umumkan kepada ahli walaupun yang di kata kan akan berpadu itu ia lah ahli nya dan bukan di perinkat pemimpin sahaja. Kalau setakat pemimpin berapa orang sangat lah kalau di bandingkan denhan 1.0 juta ahli PAS dan 1.0 Juta ahli UMNO. Orang Melayu yang menjadi ahli dan penyokong parti Melayu lain seperti keaDILan PRM dan NGO lain ada lah lebih dari 2.0 juta orang. Ini lah lah yang memuskilkan ahli kerana Pemimpin PAS tidak peka dengan kehendak ahli nya sendiri.

Sepatut nya dalam hal ini sebelum perjumpaan di buat beberapa dialog terbuka mesti lah di adkan di tiap tiap negeri atau daerah dan di semua peringkat di kalangan ahli dan peyokong BA dan persoalkan issu menetapkan ajenda olih PAS dalam dialog untuk di bincangkan sebagai contoh issu DSAI, Issu Wang Petronas Terengganu, Issu Biasiswa Pelajar Melayu, Issu Keganasan Polis, Issu Kehakiman, Issu Kroni dan sebagai nya.

PAS mesti faham isu perpaduan Melayu ini adalah issu politik dan mesti di selesaikan secara politik juja mengikut aturcara demokrasi dan mesyuarah dan tidak bolih di selesaikan secara administratif sahaja seperti mana yang pemimpin PAS lakukan ini. Ssebagi contoh issu politik DSAI yang cuba di selesaikan olih UMNO secara administratif dan mahkamah hingga kini tidak bolih di selesaikan dan sepatut nya di selesaikan secara politik. Perbuatan ini telah melukakan hati orang Melayu dalam PAs itu sendiri kerana pemimpin Parti yang mereka hendak jumpa dalam UMNO ini merupakan kumpulan yang telah banyak melakukan kesengsaraan kepada rakyat dan individu seperti DSAI, Ibrahim Libya dan pengikut nya serta mereka yang tidak berdosa dalam kerisis Al Maunah dan semua orang Melayu melaui dasar yang zalim.

Dalam issu PAS mengadakan dialog dengan UMNO inisebelum serious adalah lebih baih pemimpin PAS dan BA mengadakan referendum dikalangan ahli melalui kutipan tanda tangan di semua peringan serta banyak berdialog sebelum tersalah langkah. Dalam hal ini saya nampak Datuk M.G. Pandithan ada lah lebih bijak kerana membaha issu pelawan MIC kepada ahli IPP nya untuk membuat keputusan dengan beliau sendiri berkecuali.

Penyokong Barisan Alternatif