KOMENTAR

Salam Reformasi

30.10.2000

 

JAHANAM ! JAHANAM!  JAHANAM BN.

 

 

Mohamad Sabu dalam ucapannya di Kemunting menunjukkan komitmen PAS dalam sama-sama memperjuangkan agar Akta ISA dan mana-mana akta yang mengongkong hak dan kebebasan suara rakyat di hapuskan. Desakan undur-undur untuk Mahathir dilaungkan bagi menunjukkan bahawa rakyat sudah mula bangkit bersama Barisan Alternatif untuk menentukan hak rakyat. Mohamad Sabu dalam kenyataannya juga memetik bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak semasa menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen terma wang royalti di gunakan dan BUKAN WANG EHSAN. Mahathir turut di lapurkan memaklumkan parlimen semasa menjawab soalan Wan Mohd Najib dari Pasir Puteh bahawa terma ROYALTI digunakan dan bukan wang ehsan. Sungguhpun begitu Daim Zainuddin tanpa segan mengatakan bahawa ini wang ehsan semasa pembentangan belanjawan baru-baru ini. Parlimen menurut Mohamad Sabu sekarang ini di gunakan untuk memanipulasi terma dan tempat menteri-menteri BN membohongi rakyat. Parlimen hilang kreadibiliti BUKAN kerana laungan pembangkang mengenai Menteri kewangan Pembohong tetapi hilang kreadibiliti kerana bersikap TIDAK ADIL. Kewibawaan Parlimen sekarang ini tercabar.

 

Mohamad Sabu turut memaklumkan bahawa BN dan UMNO khususnya Mahathir sudah tidak segan silu membohongi rakyat dan berselindung di belakang parlimen. Mereka sudah tidak perduli pada sistem perundangan, mereka tidak pedulikan peraturan. Ini jelas mencerminkan bahawa mereka tidak hiraukan tuntutan dan landasan Demokrasi.

 

Rakyat di gesa untuk memberhentikan Mahathir kerana Mahathir tidak akan berhenti dengan sendiri.

 

Undur-Undur UNDUR Mahathir.