KOMENTAR

 

15hb Ogos 2000

SALAM REFORMASI

 

MAHATHIR ADA LAGI 2 AGENDA

 

2 lagi agenda penting Mahathir. Yang Pertama untuk mengenakan Sdr Anwar Ibrahim dengan satu lagi tuduhan rasuah dan Kedua ialah memusnahkan PAS secara total. Kedua-dua agenda ini adalah bagi memastikan kuasa otonomi kroni beliau kelak terjamin. Agenda Pertama sedang dalam proses perlaksanaan dengan kenyataan Murad mengenai wang 3 billion Anwar Ibrahim. Menurut sumber beberapa rakan lain akan diupah bagi menguatkan cerita rasuah ini. Agenda Kedua juga dilaksanakan serentak. Kes Al Maunah dan isu Amanat Hj Hadi dijadikan pembuka tirai mereka. Kedua-dua isu ini akan diseragamkan untuk membuat orang Melayu sendiri takutkan PAS atas dahyah kononya PAS terlalu finatik. UMNO sedang memerhatikan masa yang sesuai untuk mengheret PAS kecah konfrantasi terbuka dan kemudiannya akan memanipulasikan isu jihad laungan PAS. Kesemua strategi ini akan disusun dan media akan dijadikan alatan penting untuk menyebarkan dahyah palsu mereka.

 

Dilihat dari keadaan sekarang ini kedua-dua program ini sedang dalam perlaksanaan mereka. Mereka sudah mula menjalankan kegiatan tersebut dan nasihat Komentar kepada PAS adalah mereka perlu berhati-hati dalam tindak tanduk mereka. PAS diminta juga mengaja segala dokumentasi penubuhan cawangan,bahagian dan pusat agar tidak terperangkap dengan mainan perundangan mereka. PAS diminta berhati-hati terhadap “intimidation” yang dilaksanakan oleh Polis kerana ini bertujuan hanya sebagai provokasi mereka. Tindakan susulan mereka adalah untuk memanipulasikan perjalanan pentadbiran dan akan cuba menjatuhkan PAS dengan kononnya PAS terlibat dalam pecah amanah kutipan wang bagi kes Mamali. Mereka akan memburukkan situasi yang akan menyimpulkan bahawa PAS adalah organisasi yang tidak menghiraukan ahlinya yang banyak berjasa.

 

Tektik buruk menjatuhkan PAS akan dilakukkan oleh mereka.

 

Kita perlu lebih berhati-hati agar tidak ada ruang untuk mereka membatalkan perndaftaran PAS atas pengharaman penggunaan perkataan ISLAm dalam pertubuhan mereka.

 

KEMUNGKARAN MEREKA SEMAKIN NYATA