KOMENTAR

 

20.07.2000

 

MAHATHIR DENGAN BANGGA MENDEDAHKAN BAHAWA HAMPIR KESEMUA ANGGOTA AL MAUNAH ADALAH AHLI/PENDOKONG PAS

 

Bila sesaorang itu sering melakukkan pembohongan dan bertindak dengan kejam keatas sesaorang hamba lain maka sebarang kenyataan dari individu tersebut sering diragui atau terpaksa diragui. Mahathir kini bangkit dengan isu baru mengatakan bahawa ahli PAS atau pendokong PAS terlibat dalam rompakan senjata dan peristiwa Sauk. Bagaimana pun kenyataan beliau tetap meragukan. Apakah dengan terjumpanya “stiker” PAS pada kenderaan terus menjatuhkan hukum yang PAS sepatutnya dipertanggung jawabkan.

 

Mahathir sepatutnya membawa bukti bahawa mereka yang terlibat memegang kad ahli PAS sebelum membuat tuduhan liar.

 

Kenyataan sebegini sering dibuat oleh Mahathir yang hanya mencari kepentingan dalam sesuatu insiden.

 

Kita perlu lihat dan rujuk insiden kes Anwar Ibrahim yang disandiwarakan oleh Mahathir.

 

Komentar