KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

13.06.2000

Salam Reformasi

 

APA PULA TINDAKAN PEJABAT PEGUAM NEGARA?

 

Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Datuk Shafee Yahaya bertindak cemerlang untuk tidak menutup kepincangan Dr Mahathir dan Abdul Gani Patail dalam keterangan kes tuduhan liwat Sdr Anwar Ibrahim. Tindakan beliau  tidak disenangi oleh Dr Mahathir dan Pejabat Peguam Negara. Kenyataan beliau secara langsung menunjukkan bahawa pentadbiran dibawah Dr Mahathir jelas korup dan meletakan undang-undang dibawah mainan mereka. Sistem perundangan yang dituduh telah dicabuli kedaulatannya nyata tidak meleset. Jelas juga bahawa BPR telah dihalang oleh Dr Mahathir dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan rasuah. Komentar percaya Datuk Shafee Yahaya mengambil risiko yang agak tinggi dalam memberi keterangan sedemikian. Sungguhpun begitu beliau sanggup demi masa depan negara yang lebih mulia. Dalam pada itu desas desus di Pejabat Peguam Negara sudah mula tersebar bahawa TINDAKAN akan dikenakan keatas Datuk Shafee Yahaya. Dari lapuran yang diterima Datuk Abdul Gani Patail telah mengarahkan beberapa orang kanannya untuk mengkaji samada Datuk Shafee Yahaya boleh dikenakan tindakan atas Akta Rahsia Resmi. Desas-desus dari Pejabat Peguam Negara TIDAK pula mengatakan bahawa siasatan turut dibuat keatas Dr Mahathir yang jelas menghalang proses penyiasatan oleh BPR keatas Tan Sri Ali Abul Hassan atas tuduhan rasuah.

Apa tidak nampak lagikan rakyat Malaysia tentang pencabulan proses Badan Kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Polis oleh Dr Mahathir.

 

Komentar