DEMO OKAY UNTUK UMNO
 
Semalam di dalam berita TV3 suku ada di tunjukkan
sekumpulan NGO melayu berkumpul Dataran Putra,
Putrajaya menyerahkan memorandum meminta campur tangan
kerajaan dalam membela hak keistimewaan orang melayu.
 
Kumpulan yg seramai lebih 500 orang ini  mahu Memanda
Mamak Kutty memberi perhatian serius terhadap
kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan
Ekonomi Negara Kedua (Mapen II) Datuk David Chua, yang
meminta hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan di
bawah dasar penyusunan semula masyarakat.
 
NGO Melayu yang  seramai 500 orang ini membawa
sepanduk antaranya mengutuk David Chua dan mereka
beramai-ramai menjerit...Hidup Melayu...Hidup
Melayu...Hidup Mahathir!
 
Apa yg menarik ialah bagaimana kumpulan ini dapat
berdemo  sedangkan sebelum ini Piem sendiri melarang
keras sebarang bentuk demonstrasi yg kununnya akan
memecahbelahkan masyarakat dan membawa keganasan.
Apakah mereka ini mempunyai permit untuk berkumpul?
Kalau ya...mana permitnya? Kalau tidak kenapa tidak di
suruh mereka bersurai? Kenapa tidak di tangkap dan di
sepak terajang mereka ini seperti yg lazimnya di
lakukan kepada penyokong Reformasi? Mana pergi nya
anjing-anjing Mamak Kutty yg berbaju biru gelap yg
garang dengan dengan gas pemedih mata dan air beracun?
 
 
Piem sendiri pernah berkata...berdemo bukanlah budaya
Umno tetapi agak kelakar bila Pem sendiri turut sama
dalam demo tersebut. Kita bukanlah tidak setuju mereka
ini berkumpul kerana hak untuk berkumpul dan berdemo
sudah termaktub dalam perlembagaan  tapi kenapa mesti
ada double standard?
 
New Radikal
newradikal@yahoo.com