Artikel

Perpaduan Melayu dan rombakan kabinet: publisiti murahan diktator tua

Diktator tua makin hari makin tidak duduk senang melihatkan dirinya yang sudah tidak mahu diterima oleh rakyat marhain. Dia berasa gelisah, risau, tidur tak lena dan bimbang habis kerana kalau hal ini dibiarkan berterusan, lambat laun dia akan mengikut jejak diktator-diktator lain diserata dunia yang telah dijatuhkan melalui kuasa rakyat. Hampir kesemua orang Melayu menolak kepimpinan diktator tua begitu juga dengan orang Cina yang dituduh tidak bersyukur kepada bantuan kerajaan juga turut membencinya.

Memang menjadi kebiasaan kepada orang seperti diktator tua yang sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat marhain berusaha mencari apa jua jalan untuk meningkatkan kepopularannya. Ditambah pula dengan pengakuannya yang bermuka tembok (tak tahu malu),  pandai berpura-pura dan bakat lakonannya yang lebih hebat daripada Estrada dan Ronald Reagan, lebih senang baginya untuk mendekatkan diri kepada rakyat. Dia perlu buat begitu bagi membuktikan kehadirannya di khalayak ramai yang dipaparkan di media mesin propaganda masih disambut baik oleh rakyat marhain.

Macam-macam cara yang dilakukannya antaranya ialah menangis dikhalayak ramai bagi mendapat simpati penyokong totok Umno dalam perhimpunan UMNO. Apabila dia tahu cara ini tidak berjaya, dia tidak berputus asa dan cari jalan lain. Diktator tua akur kepimpinannya hanyalah menyusahkan umat di Malaysia dan kalau rakyat marhain ada pilihan, lebih baik dia berambus sahaja di muka bumi Malaysia, menyusahkan orang aja. Diktator tua memang licik orangnya, dia dapat cari jalan yang baik iaitu dia mahu menyatupadukan orang Melayu. Harapan diktator tua melalui perpaduan Melayu ialah orang Melayu akan kembali ke Umno dan yang paling penting sekali ialah imej dan popularitinya dapat dipulihkan. Dia mahu jadi hero orang Melayu. Dia mahu orang Melayu mengagung-agungkan jasanya kepada orang Melayu. Dukacita dimaklumkan, saya percaya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan muslihat diktator tua. Orang Melayu tidak akan masuk perangkap diktator tua malah keyakinan dan kepercayaan kepada BA bertambah kuat. Ia adalah publisiti murahan diktator tua untuk memulihkan imejnya yang tercalar teruk.

Rombakan kabinet, apa yang hendak diheboh-hebohkan oleh melalui mesin propaganda? Bagi saya tiada apa yang hendak diketahui. Tak kan kita tak tahu rombakan kabinet hanyalah salah satu cara diktator tua cuba mengekalkan kekuasaannya yang semakin lemah. Tujuannya ialah untuk menunjukkan diktator tua masih mujud, merupakan “orang penting” dalam kerajaan Barisan Nasional dan tanpanya kerajaan tidak dapat berjalan dan berfungsi. Itulah yang cuba dipaparkan oleh mesin propaganda yang kehulu-kehilir bagi mendapatkan berita sensasi mengenai rombakan kabinet daripada diktator tua. Mesin propaganda sentiasa mencuba medapatkan berita mutakhir mengenai rombkan kabinet. Ia memberitahu kepada kita diktator tua yang merupakan “barang” yang tidak dikehendaki masih lagi bernilai. Masih lagi bernilai pada mesin propaganda, ahli keluarga dan kroni-kroni sahaja.

Kalau anda perhatikan secara teliti diktator tua sengaja menimbulkan pelbagai spekulasi bagi menunjukkan kehadirannya dalam kerajaan masih diperlukan. Sedikit demi sedikit maklumat rombakan kabinet diumumkan melalui mesin propaganda. Mula-mula dia menafikan adanya rombakan kabinet. Sekembalinya dari Myanmar, dia mengesahkan rombakan kabinet akan dibuat. Selepas itu dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal ini. Selepas itu pula rombakan kabinet akan dibuat sebelum hari raya Cina. Ia sengaja diatur bagi menunjukkan rombakan kabinet merupakan satu berita atau perkara yang sangat mustahak dan diktator merupakan orang yang penting bagi mesin propaganda mencari bahan berita.

Mungkin sejak-sejak akhir ini, berita mengenai diktator tua ini yang dipaparkan dalam mesin propaganda pada tanggapan rakyat semua berita mengenainya adalah berita buruk, berita yang menyakitkan hati orang. Kemungkinan juga diktator tua tidak senang dengan berita mengenai Pak Lah yang saya anggap satu berita yang tidak sangat menyakitkan hati rakyat. Pak Lah cuba menonjolkan dirinya dengan membuat kenyataan akhbar dan TV yang bersifat kesederhanaan. Misalnya mengenai sandiwara Suqiu, Pak Lah bertindak sebagai orang tengah cuba mententeramkan keadaaan yang agak genting. Pak lah mengajak dan menasihat orang ramai bersatu dan jangan lagi mengungkit lagi mengenai isu sensitif dan jika hal ini tidak ditangani segera akan merumitkan lagi keadaan. Sikap Pak Lah dipuji oleh ramai pihak. Perlu diingat helah Pak Lah ialah menjaga maruah kerajaan supaya tidak tunduk kepada Suqiu tetapi apa yang kita perlu tahu ialah pendekatan Pak Lah menangani isu Suqiu.

Maknaya rakyat akan lebih senang menerima kehadiran Pak Lah jika dibandingkan dengan diktator tua. Pak lah bijak dan tidak mahu terikut-ikut sangat perangai buruk diktator tua yang suka melatah, merapu dan melalut dengan membuat kenyataan akhbar dan tv yang keterlaluan. Mungkin diktator tua sedar pendekatannya yang agak keterlaluan memakan diri sendiri. Apa yang membimbangkan baginya ialah populariti Pak Lah lebih menonjol daripadanya. Mahu tak mahu dia terpaksa kurangkan melatah. Sudah terlambat baginya memperbaiki imej yang sudah tidak boleh diperbetulkan lagi. Rakyat marhain termasuk saya sudah meluat melihat mukanya yang kuyu dan pucat. Rambutnya yang kusut, berserabut, badannya yang kelihatan tidak bermaya dan tidak ingat apa yang mahu dikata melalui kenyataan akhbar dan tv merupakan “body language” yang memberitahu kepada kita yang dia berada dalam keadaan yang sangat susah hati, risau, gelabah dan bimbang mengenai keadaan masa depannya yang gelap gelita. Bagi saya diktator tua tersengeh keseorangan kerana harapannya untuk mencari publisiti murahan yang dia dikerumuni oleh wartawan dan dia berharap rombakan kabinet dapat memulihkan imejnya yang tercalar hanyalah tinggal harapan. Diktator tua tidak akan dapat mengubah tanggapan rakyat terhadapnya.

LTL