KOMENTAR

 

Salam Reformasi

23.10.2000

 

 

KEPIMPINAN KHIR TOYO TERCEMAR

 

Khir Toyo menyatakan bahawa “pendokong PAS yang tidak setuju dengan kepimpinan UMNO di SELANGOR mereka boleh pindah ke KELANTAN dan bagi pendokong BN di KELANTAN, SELANGOR akan membuka pintu kepada mereka”.  Inilah dia lambang kepimpinan yang rendah tahap mentalitinya dalam mengertikata konsep demokrasi di Malaysia. Khir Toyo celupar dengan kenyataan bodohnya yang hanya menjelaskan kepada rakyat Selongor bahawa kini Selangor mempunyai seorang MB yang rendah tahap kepimpinannya. Apakah sebenarnya agenda Khir Toyo? Apakah Khir Toyo melakukan semua ini dengan harapan kononnya keberaniannya menentang secara terbuka PAS akan mendapat perhatian Dr Mahathir? Mungkin Khir akan dapat perhatian Mahathir tetapi Khir juga akan mendapat perhatian rakyat sebagai MB yang mula bongkak dengan kuasa dan tidak tahu bahawa tindakannya hanya akan membuktikan bahawa kepimpinan UMNO zalim terhadap rakyatnya sendiri.

 

Rakyat Selangor, pencinta keadilan dan tuntutan reformasi, bangkit dan mulakan gerakan rakyat untuk menolak Khir Toyo dan mengecam beliau sebagai MB berjiwa kezaliman Mahathir.

 

Kita pastikan rakyat Selangor menolak Khir Toyo.

 

Satu lagi peringatan kepada Khir , kalau melayu sudah terbukti menolak UMNO dengan kejatuhan majority melayu yang mengundi UMNO, apakah tidak wajar bagi Khir berhijrah ketempat lain yang mana UMNO masih diterima Melayu.

 

Nyah Khir Toyo,

 

KOMENTAR