BENARKAH "UMNO KUAT, ISLAM
KUAT"
 
Sdr.Rakan Webmaster pro-Reformasi sekalian;
 
Di dalam suasana tragis dan kecewa di mana umat islam Palestine
dibunuh, diusir dan dinyahkan dari tanah airnya sendiri oleh rejim
yahudi dan Israel, tidak kedengaranpun protes yang
bersungguh-sungguh dari kerajaan yang kononnya sebagai negara
Islam contoh, disanjung dan dipuja oleh negara-negara Islam yang lain,
sebagai pakar rujuk negara-negara umat islam dunia yang lain, yang
termaju dan berteknologi tinggi bersaing dengan negara-negara Barat,
berdiri sama tinggi duduk sama rendah kononnya lagi. Tetapi amat
malang sebuah negara Islam pujaan kononnya, diperintah oleh BN dan
UMNO sebagai tulang belakang kerajaannya tanpa bermaruah
sedikitpun terhadap penganiayaan saudara Islam mereka di
negara-negara yang ditindas oleh musuh-musuh Islam itu.
 
Sepatutnya, Malaysia negara Islam yang berpengaruh kononnya itu
seharusnya menjadi peneraju dan penggerak kepada kebangkitan dan
penentangan terhadap sebarang pencerobohan dan penindasan yang
berlaku ke atas umat Islam. Malaysia pimpinan Mahathir boleh
menggerakkan OIC dan atas nama pertubuhan Islam dunia yang lain
untuk memberikan tekanan kepada Barat dan sekutunya terhadap
tindakan Israel yang tidak bertamadun dan bermaruah itu.
 
Malang sekali ianya tidak berlaku dan jauh sekali untuk menggerakkan
negara Islam yang lain bersama ketenteraannya untuk membela
saudara islam mereka yang dibunuh.
 
Kenyataannya adalah laungan kosong yang tidak bermakna terhadap
pengakuan dan pujian yang diterima sebagai negara Islam contoh itu.
Itulah Malaysia pimpinan Mahathir Mohamad seorang diktator yang
pengecut, hanya berani berkokok di dalam tempayan tertutup, sekuat
hati kokokan Islamnya tetapi dilingkungan tempayan tertutup itu.
 
Amat sedih sekali dan jauh dari kefahaman dan akidah yang jelas
terhadap Islam dan ajarannya. Demikianlah akibatnya apabila seorang
pemimpin Islam yang tidak menunaikan tanggungjawab Islamnya
dengan sewenang-wenangnya merosakkan segala kebenaran dan
kemuliaan agamanya sendiri dengan memberikan tafsiran-tafsiran yang
menyeleweng di dalam banyak perkara, dari soal hukum dan
perundangan, soal pakaian dan aurat, soal Ulama, soal kenabian dan
yang terakhir penafsiran yang dangkal terhadap JIHAD dan tuntutannya.
Sampai bilakah keadaan ini harus berterusan?
 
Slogan "UMNO KUAT, ISLAM KUAT" yang terakhir ini adalah
propaganda murahan UMNO setelah hilang seluruh kewibawaannya
sebagai payung tempat bereteduh umat melayu Islam. Soal mesej
kebenaran slogan itu telahpun dipertikakan oleh banyak pihak dan
sekalian umat Islam yang arif dan perihatin telahpun memberikan
tafsiran dan pandangan mereka. Kesimpulannya adalah "KOSONG" dan
tidak bernilai apa-apa jauh sekali untuk diterima bulat-bulat apa yang
dislogankan.
 
Kenyataannya adalah Islam Lemah dengan kekuatan
UMNO;buktinya:-
1. UMNO kuatlah maka pimpinannya terlibat pelbagai skandal Rasuah,
Seks dan sebagainya.
2. UMNO kuatlah maka pimpinannya bercakaran sesama sendiri.
3. UMNO kuatlah maka tiada amanah pimpinannya terhadap wang dan
harta negara.
4. UMNO kuatlah maka pusat perjudian, arak,pusat hiburan, pusat Video
game dan sebagainya tidak dibanteras sesungguhnya.
5. UMNO kuatlah maka undang-undang dan peraturan penjajah yang
bercanggah dengan Islam tidak dihapuskan.
6. UMNO kuatlah maka kes rogol dan perzinaan tidak dicegah dan
dibanteras.
7. UMNO kuatlah maka Wang Royaliti menjadi Wang Ehsan.
8. UMNO kuatlah maka harga barang dan keperluan asas terus naik
tanpa pembelaan.
9. UMNO Kuatlah maka Kes SAUK dan pencolekan di Sipadan boleh
terjadi.
10. UMNO Kuatlah maka harga petrol naik 10 sen seliter.(orang UMNO
isi minyak sekali seliter sebab itu kata murah hanya 10 sen naik).
11. UMNO kuatlah maka Polis berlaku zalim.
12. UMNO kuatlah Badan Kehakiman Hancur dan diragui.
13. UMNO kuatlah maka TIADA KEADILAN mengikut Islam berlaku...dan
banyak lagi tak terkira....
 
Maka kesimpulannya, di amanakah ISLAM yang dikatakan KUAT itu????
Jelasnya kesemua yang berlaku di atas adalah disebabkan ISLAM dan
AJARANNYA dilontar jauh-jauh dari kehidupan UMNO dan sekutunya,
lalu berlakulah segala bentuk kerosakan, kebobrokan, fitnah, adu
domba, penindasan, ketidak amanahan, penipuan, skandal dan
sebagainya. Apakah kerana Islam kuat maka sedemikian halnya berlaku
ke atas UMNO, kepimpinannya, kerajaannya dan negaranya???
 
Marilah umat Islam menghayati pemikiran Islam ini yang diajar dan
diasuh oleh junjungan Nabi Muhammad semenjak 1400 tahun lebih
dahulu dan dikembalikan pemikiran ini oleh para Ulama dan Mujaddid
Islam sepanjang zaman, bahawa;
 
ISLAM ITU KUAT dengan TIGA perkara;
1. Kekuatan Akidah- Ini adalah perkara pokok yang perlu diutamakan.
Perkara akidah bukan hanya tertumpu kepada soal kepercayaan
bertuhan semata-mata, tetapi meliputi segenap kehidupan umat
manusia yang tidak melepaskan sedikitpun keterikatan dengan tuntutan
syariat dalam membuktikan hubungan kepada Sang Pencipta Allah swt
secara berterusan.
 
2. Kekuatan Ukhuwwah (persaudaraan) - Persaudaraan umat
Islam perlu dikukuhkan. Ikatan persaudaran Islam  sejati adalah
persaudaraan yang berlandaskan akidah dan Syariat Allah swt, tidak
tertentu tempat dan bentuk geografi dan apa bangsa sekalipun. Selagi
mereka mengucap Kalimah Taiyyibah dan tidak secara tindakan dan
perlakuannya menunjuk dan menentang peraturan dan hukum Allah swt
 
3. Kekuatan hartabenda/ketenteraan- Tidak kurang pentingnya
kekuatan ini kerana dengan kekuatan ekonomi, harta benda lah maka
umat islam dapat manfaatkannya untuk membangunkan agama Allah
dalam konteks negara. Dengan hartalah umat islam dapat berzakat dan
bersedekah. Dengan hartalah umat islam dapat manfaatkannya untuk
infak di jalan Allah menuntut ilmu dan sebagainya. Begitu juga kekuatan
ketenteraan boleh menggerunkan musuh Islam seterusnya membela
saudara Islam mereka yang tertindas.
 
Soalnya;
Apakah UMNO yang mendakwa ingin menguatkan Islam itu menerima
pakai mana-mana satu dari kefahaman itu?? Yang jelasnya mereka
mengambil dan menekankan perkara ke 3 kononnya Islam akan
dihormati, disanjungi oleh yang lain sekiranya berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dalam hal-hal harta benda, ekonomi dan yang setaraf
dengannya sedangkan Akidah dan persaudaraan umat Islam  di negara
ini seolah tidak pernah difikirkan untuk dipelihara apatahlagi
diperkuatkan. Yang ada dan jelas, pusat-pusat merosakkan akidah dan
hiburan tumbuh seperti cendawan dengan berbagai budaya dan idola
yang menyesatkan.
 
Oleh itu kembalilah kepada kebenaran Islam wahai saudara Islamkku
UMNO yang tercinta..tinggalkanlah perjuangan yang hanya bermotifkan
nafsu dan serakah sedang Syaitan dan Iblis dibelakang kamu sentiasa
cuba menyesatkan kamu.
 
NTzalim