KOMENTAR

Salam Reformasi

11hb 01-2001

 

NTV7 BUAT RAYUAN SEKOLAH WAWASAN MENGGUNAKAN KANAK-KANAK

 

Komentar terkejut menyaksikan satu wawancara singkat NTV7 yang menunjukkan bahawa seorang budak sedang memberi sedikit komen mengenai sekolah wawasan dan perlunya golongan Cina untuk memperaku nilai positif sekolah ini.

 

Mainan ini amat memalukan NTV7, yang melabel diri mereka sebagai saluran TV yang perihatin kepada rakyat. NTV7 dengan jelas sedang mempermainkan isu ini dan cuba menjadi saluran propoganda kerajaan.

 

Tindakan NTV7 hanya menunjukkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk memanipulasi kanak-kanak demi membuat propoganda politik.

 

Sungguhpun begitu ini tidak mengejutkan. Umno di bawah Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan.

 

Sudahlah tu NTV7

 

Komentar