NTV 7 MAHU DIKENALI SEBAGAI PEMBELA RAKYAT

Komentar 7/4/2000

 

Kes wartawan dan krew NTV7 yang diherdek dan dikasari oleh Dato Osman Baba, Tim. Ketua Setiausaha Negeri merupakan satu pengajaran kepada NTV7. Bukankah sekarang anggota-anggota kanan kerajaan lebih terikat kepada politik dari berkhidmat untuk rakyat. Budaya samseng yang wujud mungkin sudah merebak dari Pahang ke sekolah-sekolah dan kini ke pejabat kerajaan. NTV7 kini mula mengeluarkan isu-isu ketidak professionalisma pegawai kerajaan tersebut tetapi lupa sikap ketidak proffesionalisma mereka dalam melapurkan kes-kes berbabit dengan pemecatan Sdr Anwar Ibrahim. Etika kewartawanan mereka terjejas akibat suara yang terikat.  NTV7 kini memulakan promosi isu kekasaran Dato Osman Baba dan mula merujuk kepada Ketua Menteri Melaka untuk mendapat penjelasan. Sayang apa yang diperolehi oleh NTV7 adalah “kalau NTV7 rasa terkasar atau tidak puas hati apa kita boleh buat ialah meminta maaf bagi pihak Dato Osman Baba” atau lebih kurang tidak ikhlas dalam memohon maaf. Wartawan NTV7 awas, sekejap lagi tentu wartawan tersebut akan di beri amaran oleh mereka –mereka yang mempunyai kuasa. NTV 7 telah masuk ke tahun kedua tetapi tidak lari dari terikat kepada kuasa politik. NTV7 sedarlah bahawa sikap terbuka NTV 7 tetap terhad dan tetap menjadi saluran yang takut kepada desakkan politik pemerintah.

 

Satu pesanan untuk NTV 7 “PADAN MUKA”

 

Komentar