BERITA BLACK 14

Komentar 14/4/2000

 

Penangkapan demi penangkapan telah dilakukan oleh pihak polis dalam usaha mereka untuk menghalang rakyat dari menyuarakan hak mereka dan menghantar perutusan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Setakat ini kita telah dimaklumkan bahawa 3 kepimpinan parti yakni Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Ruslan Kassim dan Sdr Gobalankrisnan telah menjadi mangsa kezaliman. Turut dimaklumkan bahawa mereka sedang berusaha untuk menahan Sdr Tien Chua, Sdr Lokman Noor Adam, Sdr Sanusi Abdullah dan Zahid Mat Arip. Sungguhpun nama-nama tersebut telah disiarkan menurut lapuran yang diterima terdapat beberapa nama lain baik dari kepimpinan Parti keADILan mahupun tidak sudah tersenarai untuk di tahan berhubung dengan agenda Black 14.

 

Penahanan mereka dibuat sebelum perhimpunan dilaksanakan hanya menunjukkan betapa takut kerajaan kita kepada senario kebangkitan rakyat. Ini sahaja sudah cukup untuk kita klassifikasikan sebagai kemenangan bagi gerakan reformasi.

 

Nampak gayanya benar-benar mereka bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kezaliman mereka lebih dari kononnya untuk menjaga keselamatan negara.

 

Komentar