KOMENTAR
KEMBALI SETELAH BEBERAPA HARI TERGENDALA
Salam
Reformasi,
Beberapa
hari sudah siaran media Komentar terganggu atas beberapa sebab yang tidak dapat
dielakkan. Sungguhpun begitu pihak Komentar sering menantap email-email yang
dihantar oleh pelayar laman serta beberapa kepimpinan yang rancak menegur arah
perjalanan Komentar selama terlibat dalam perjuangan menuntut Reformasi. Tidak
kurang ada saudara kita (seorang sahaja) yang rakus mencanang bahawa Komentar
dan beberapa Web Master lain telah dibeli oleh UMNO. Saudara kita ini yang
namanya dalam simpanan Komentar terus menggesa agar Komentar mengistiharkan
sokongan Komentar kepada UMNO. Komentar
menerima kritikan sdr kita ini secara terbuka. Sungguhpun begitu setelah sering
dihujani oleh email oleh sdr kita ini maka suara Komentar sepatutnya pula
didengarkan. Biar apa pun rintangan , biar apa pun penghalang perjuangan ini
Komentar akan terus mendokong REFORMASI TAJAAN SDR ANWAR IBRAHIM. Kelak
suatu masa nanti sdr kita ini akan sedar bahawa adakalanya pengamatan tentang
keadaan dan situasi perlu dibuat dari hanya menjerit , terpekik dengan tuduhan
janggal dan kaku. Komentar setakat ini hanya mendiamkan diri kerana asyik
memerhati situasi perjuangan yang nampaknya cuba disaluti dengan selimut politik
yang menyelubungi matlamat asal perjuangan. Terdapat laungan seperti
“ Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri adalah atas dasar demokrasi maka
harus di jatuhkan secara demokrasi juga, benar-benar melucukan. Soalan yang
paling mudah untuk menyangkal teori ini adalah APAKAH SDR ANWAR IBRAHIM
DIJATUHKAN MELALUI SALURAN DEMOKRASI YANG BETUL? Fikirkan lah.
Apakah
benar wujud demokrasi dalam negara kita ini ? Semua sistem , segala jabatan,
seluruh jentera kerajaan telah dijajah oleh Mahathir, apakah kita masih
mengiktiraf sistem demokrasi ala Mahathir ini sebagai satu sistem sahih.
Apakah kita masih lagi boleh mengiktiraf Mahahtir sebagai Perdana Menteri
mengikuti sistem yang dipakai beliau dan bukan sistem demokrasi yang benar dan
telus. Perlantikan Mahathir dan kemenangan Barisan Nasional adalah melalui
sistem demokrasi yang tidak demokratik. Mengikuti tarian mereka hanya membawa
kita kepada kekalahan. Kekalahan kita adalah kegagalan Malaysia untuk menegakkan
kebenaran dan keadilan. Kegagalan ini merugikan dan kerugian ini mencemar bangsa
, agama dan budaya kita.
Apakah
ini sistem atau sebenarnya ini adalah satu kepimpinan yang korup dan nyata
menyimpang dari asas-asas demokrasi. Fikirkan, Apa dia yang dibangga-bangga
dengan sistem kta dan kenapa kita (khususnya seorang kepimpinan tertinggi
keADILan masih mempercayai sistem demokrasi ala Mahathir.
Komentar
senantiasa membuka laluan untuk berbincang agar kita lebih teguh dan mantap.
Wasalam
KOMENTAR